Sunday, November 18, 2012

Jernihkah?

air..
ada yang sukakan bandung..
ada yang sukakan teh...
itulah gambaran dunia kini...

sedang yang jernih itu kurang diambil berat...

aplikasi pada hati...
sejernih apa hati kita?
bila kita mengatakan ikhlas kepada Allah..
kenapa ada hajat2 lain?
jernih kah jika begitu?
tuluskah jika begitu?


hidup....
bukan untuk makan..
bukan untuk perempuan..
bukan untuk mencari wang..
bukan untuk ada anak..
bukan untuk kenderaan..
bukan juga untuk kemewahan...

bukankah hidup dan matiku hanya untuk Allah?
sejernih apa ia?


"meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu...maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta" -OPICK-

****terasa menembak diri sendiri****

Monday, November 12, 2012

Dua atau satu.

Bismillah.

Assalamualaikum semua..(yang membaca..aku percaya tak ramai pun..lagi2 laman ni yang dah ditinggalkan sekian lama..hoho!)

yeah, aku dah lama tak menulis di blog ini atas sebab2 yang muncul seperti cendawan muncul selepas hujan!.. (maklum la..musim hujan~)

hmm..baru ni aku disapa oleh satu pengisian. tentang pemuda.. dan sapaan itu membuat aku terfikir saangat dalam.. kenapa aku perlu menghilang terus menerus?

pengisian itu menceritakan tentang ciri2 pemuda..ada 4 ciri seseorang itu kita akan kategorikan sebagai pemuda.
1. iman yang mendalam
2. semangat yang berkobar2
3. ikhlas dalam beramal
4. amal yang berterusan

ok, aku highlight pada no. 3.... Ikhlas..

bila berkata tentang ikhlas...ia pasti berkisar kepada Allah semata.. TAKKAN ADA KEDUA..

teringat pula hadis 1 dalam kitab "Hadis 40" karangan imam nawawi.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.  (HR al-Bukhari & Muslim)
 
dalam hadis ni, tercoret dalam sejarah tentang cerita muhaajir ummu Qais (seorang yang berhijrah dari makkah ke madinah kerana ingin mengahwini seseorang yang digelar ummu Qais)..
 
subhaanallah.. betapa halusnya ikhlas itu.. sehingga jika niat terpesong.. terus hilang nilai ikhlasnya..
 
ok, aku terasa tak mampu nak terang dengan baik dalam penulisan ni..maaf.. (buang masa korang yang baca jika ada yang merasa begitu)..
 
jujur aku tulis ni sebab sekian lama aku mencari jawapan..yang masih belum jelas lagi.. adakah aku hidup ini jujur, lurus, ikhlas, bening niatku hanya kerana Allah? atau.. ada yang aku hajati selain Allah.. jika ada.. adakah aku belum cukup lurus, jujur, ikhlas terhadap Allah?..
 
jika ada yang ingin berkongsi jawapan..boleh la kongsikan di comment bawah.. semoga ganjaran terbesar untuk mereka yang berkongsi datang dari Allah berupa sorga dan seisinya...ameen.

Dua atau Satu, adakah niatku jernih hanya untuk-Mu??
wallahu a'lam.. wassalam

Monday, August 20, 2012

CUMAKATA



Dulu aku pike yang dunia ni tak adil...langsung tak adil... cz orang boleh sakitkan hati orang lain dngan sengaja atau tak... dan gantinya hanya kata "maaf"..then membuat orang puas hati.. aku susah nk terima hakikat ni..

Tapi aku tgk la beberape drama melayu kt dunia ni...(life tau, bukan dari TV) last2 aku sedari..1 perkara je.. itu la rahmat tuhan setelah memberi ujiannya..



(korang leh paham ke tidak? kalo tak...takpe..mungkin cara kite nak paham berbeza..sabar la sampai Allah bg korang paham dengan cara yang terbaik untuk korang paham kay??)

-supir punye drama-

Monday, August 6, 2012

RAMADHAN oh RAMADHAN...

بسم الله الرحمن الرحيم

17 ramadhan 14....ermm..jap search kt google..haha! (lupa)
haaa...17 ramadhan 1433...

erm..takde ayat quran spesifik nk aku kupas kt sini mlm ni...cuma nk kongsi apa y ada di lubuk tmpat kasih sering terusik..(hati daaa)

perjalanan puasa hari ni yang osem..walaupn aku kecundang (lagi...haish..ape nk jadi daa).. iktikaf kt masjid Shah alam (ada prog)..pas tu lepak kt msjid cz nk tggu kedai bukak..ada orang mau beli ole2 untuk keluarga di sarawak daaa... then aku hanto mmbe2 aku tu balik kolej, aku lak back home~ yeah...dalam hati niat mau balas dendam tido cz letih...tah ape aku letih aku pn tatau...(penyakit la ni)...but terjaga gak cz kemas rumah yang tak rupe rumah lagi ni..hoho... sampai lepas asar, baru la balas dendam!...dan akibatnye, buke tanpa kuih muih..n anak2 sdara aku pn makan nasik je..sian dorang..dapat poksu cm aku...haish...ramadhan pn aku masih kecundang..duyai~...

eh?? mana da aku merapu ni...

tadi kt masjid ferum(fe kuasa 2) aka besi, ada pengisian sempena nuzul quran....jadi, solat terawih di pendekkan kepada 8 rakaat saja...dato zahazan mao kongsi ilmu daaa.. (sapa tak puas hati, sila settle kt rumah yee...)

ayat yang di bahas "cume" ayat berikut...
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن ...

yup.."cuma" itu je...haish... tapi cume die tu sampai pkol 11 gak boh~...

aku kongsi ape aku dapat..dalam ingatan aku...

kisah imam malik bin anas
        beliau pencinta hadith...kalau beliau nk baca hadith beliau akan mengenakan pakaian yang terbaik untuk membacanya @ mengajarnya...beliau kata "aku berpakaian seperti ini bukan untuk kamu semua menyanjung aku, tetapi untuk kamu semua menyanjung hadith ar-Rasul S.A.W"... namun diakhir sya'ban, beliau akan berkata kepada kitab-kitab hadith beliau, "bukan aku tidak cintakan kau, tetapi telah datang bulan ramadhan, bulan quran..."

kisah imam syafi'ie
       beliau pada bulan2 biasa menghabiskan quran sehari sekali..bermakna, sebulan 30 kali habis membaca quran...namun, di bulan ramadhan, beliau menghabiskan quran 2 kali sehari...membawa kepada 60 kali beliau mengulangi bacaan alquran beliau dalam ramadhan...
      pernah ada seorang pemuda cuba untuk menandingi imam asy-syafi'ie... namun di akhir hayat pemuda tersebut, merekodkan hanya mampu 59 kali sahaja dia mengulang alquran di bulan ramadhan...

dan banyak kisah lain yang dato' zahazan kongsi kt masid tadi...

then, sambung lak ngan ade sorang bro jade (bukan nama sebenar) bg perkongsian dalam group kitorang...hohoho...

kisah pertama: perang einjalut
peperangan antara umat islam ngan geng keturunan genggis khan...korang nk detail cari eh...

kisah ke dua: perang ape tah aku tak ingat...

dan kisah ketiga: perang di terusan suez..hmm..nama perang tak disebut tadi...tapi gahnya cerita tu bila mana tentera islam (kalo berita mengatakan tentera arab bersatu) menumpaskan pasukan lawan kurang 2 jam!!.. (mengenang kembali kegemilangan badar!)hohoho~~)

then, bro jade kongsi azam tentera pembebas di syria, dorang azam nk konquer syria 100% by end of ramadhan ni!!!! yang skarang dorang baru dapat 75%.. Allahumma ameen... (aku sebagai supir hanya mampu berdoa)...

yeah..

ulasan berita malam ini..hoho!

kalo kite tgk balik sejarah... ramadhan bukanlah setakat kandang ibadah yang sering malaysian definisikan..
tapi lebih dari itu....

suka aku katakan kalau boleh... ramadhan fitrahnya adalah perjuangan...ibadah tu bukan yang perlu diperjuangkan sepatutnya, tapi dah jadi kewajipan... sepatutnya perjuangan kita dalam bulan ramadhan ni untuk menggembleng tenaga agar islam semakin menapak membumi dunia... perjuangan kita supaya menghapuskan mereka2 yang hanya islam pada IC dengan mengislamkan mereka pada HATI...

hmm.. tapi, kira ok la kalo nk perjuangkan ibadah bermati-matian dalam bulan ramadhan ni...dari pada langsung tak berjuang.. ye dak?? hahaha....
well, sekian..


pejuang itu menjunjung perintah Tuhannya, dengan 5 slogan yang membawa ke sorga!! (kredit)



terlanggar sirih tumpah bertaburan;
terasa pedih?? harap maafkan...hoho
(ini pantun...sekian)..

wassalamualaikum

Friday, July 27, 2012

PUASAKAH AKU??

بسم الله الرحمان الرحيم



"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(al-Baqarah,2: 183)

berlalu sudah 2 bulan blog ini sepi... sepi dari coretan sang supir yang entah kemana dia berkelana.. namun kini, di hari ke8 ramadhan, sang supir kembali memarkir keretanya di laman maya ini.

***cheawawawah***

orait, biar aku jelaskan kemana aku pergi dalam 1 perenggan.kemudian kita sembang ttg ayat yang berkaitan..ok?

sepanjang pemergian aku ini bukan la sebab aku berkelana sangat..tapi sebab aku xde laptop daa...jadi, tunggu punya tunggu..dapat jugak la laptop di dalam kesibukan belajar...dan almaklumlah jika dalam kesibukan belajar..masa itu diibaratkan Ringgit malaysia yang masih bersandar kepada emas...hehe..dan akhirnya aku cipta jugak masa untuk parkir di sini untuk membasahi hati yang kian lama kering..eh?

******************



sampai hari ni, alhamdulillah aku masih berpuasa...(bunyik macam orang baru nk belaja puase je..) hoho!..takde r..aku tak mampu jamin yang hari esok Allah masih nk aku  still atas jalan-Nya lagi atau tak..sebab tu aku cakap gaya tu..(okay~...sound scary!!)

jadi, secara ilmiyahnya, setiap perkara yang berlaku ada sebabnya..itulah sunnatullah (baca: ketetapan Allah) pada alam ini.. begitu jugak pada setiap arahan-arahan yang telah Allah Azza wa Jalla taklifkan kepada kita...sebagai hamba Dia...tapi takde la semua arahan tu kite tau sebabnya...melainkan apa yang Allah bgtau je la...contohnya, waktu solat.. kenapa kita solat zohor waktu tergelincir matahari?? kenapa asar pulak lepas bayang-bayang kita lebih panjang dari diri kita (atau dua kali ganda diri kita) baru boleh solat??? er... yang tu Allah dah tetapkan mcm tu tanpa memberi tahu kenapa..(kalo ada sapa2 yang baca ni tau sebab-sebabnya beserta dengan dalil yang naqli(quran n sunnah) leh la kongsi ye...), namun arahan itu semata-mata kerana untuk kita patuh sebagai hambanya...

dalam ayat yang aku kongsi kt atas ni, Allah mentaklifkan kt kite ni yang beriman (sahaja...yang tak terasa diri beriman tu...er...tolong pastikan balik iman anda.) untuk berpuasa. malah Allah jelaskan sebabnya. agar kita bertaqwa....taqwa...taqwa...taqwa..........taqwa......

ehem...kemana halatuju kite sembang ni?? haa..ke arah yang Allah saja yang tahu..(eh??)...eheh..jika kita berkata tentang taqwa, sang Umar al-Khattab pernah mengibaratkannya seperti berjalan di sebuah liring yang sempit dan penuh dengan duri... perumpamaan lain pula menyebut, seperti mencari semut hitam di atas batu yang hitam di tempat yang gelap gelita...(whoa!! bagaimanakah untuk mencari semut itu???) itulah yang menjadi persoalannya..hanya semut itu yang tau dia berada di mana.. dan hanya orang itu yang tahu bertapa dia melangkah berhati2 saat melalui jalan sempit berduri itu...dan pastinya, Allah jualah yang maha mengetahui segalanya.

begitu juga puasa..kita boleh berkata "aku sedang berpuasa"..namun, siapa yang tahu kita benar-benar puasa??? entah saat berhajat kita cuti2 berkumur..dan ehem... menelan setitis air kumuran itu... atau, kita mandi lama-lama sampai kembung perut kecut kulit dengan air..=,=...atau... ya, hanya pelakunya dan Tuhan saja yang tahu...seseorang itu benar2 puasa atau tidak...

itu baru kita sentuh tentang curi-curi minum atau makan tanpa penyetahuan manusia lain... bagaimana pula dengan curi-curi pandang perkara maksiat?? curi-curi dengar perkara maksiat?? curi-curi mengumpat dan lain-lain??? (er...sampai cmtu sekali ke??) mesti dipersoalkan perkara-perkara ini...kerana puasa kira adalah untuk mencari keampunan Allah dan rahmatNya, bukan menambah dosa dan murkaNya....sebab Rasulullah pernah mengaminkan 3 perkara saat baginda menaiki tangga tempat khutbah..dan salah satunya yang diaminkan adalah "rugilah (atau celakalah) bagi mereka yang apabila berlalunya ramadhan, namun mereka tidak mendapat pengampunan dari Allah."

hmm...renungi ayat ini..


Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(asy-Syams,91:8-10)

ayat ni menyatakan bahawa Allah mengilhamkan kita hanya 2 jalan...jalan ketaqwaan atau jalan kejahatan...tiada jalan tengah...maka, kalau kita buat baik dengan amalan2 yang dianjur..itulah jalan kejayaan yang membawa ketaqwaan..jika sebaliknya (tak buat apa-apa atau buat perkara yang dilarang) dirisaukan kitalah golongan yang rugi itu...na'u dzubillah min dzaalik!...

jadi, untuk ramadhan ini, pilih elok2 jalan yang nak kita tempuh...pastikan segala perilaku kita masih dalam lingkungan mereka2 yang berjalan di atas jalan ketaqwaan..bukan sebaliknya.. ingat!.. hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita niatkan kepada Allah..dan Allah akan nilai tindakan kita berdasarkan apa yang kita niatkan..

jika kerana ramadhan..dapatlah kita kerana ramadhan...

jika kerana kawan... dapat lah kita kawan...

jika kerana dakwah....dapat lah kita dakwah...

dan yang sebaiknya, kerana Allah....kerana, jika kita dapat Allah (redhaNya), Allah akan cukupkan kita keperluan kita di dunia mahupun Akhirat..
ameen ya robb..

akhir skali...aku nk ajak korang tanya balik diri sendiri..(sbb ini antara korang ngan Allah...)

PUASAKAH AKU????


Thursday, May 3, 2012

PLASTIK CINTA?

bismillah...

 "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."                                   (Al-Isra', 17:32)


 zina...eh..bukan tu yang aku nk highlight kt sini....tapi perkataan "taqrobu" tu...yang membawa maksud dekati...

apakah?..

aku cuma mahu berkongsi mungkin. tentang jalan yang membawa kerosakan ini. kerana aku ada sedikit pengalaman. (bukan melakukan zina ok? just tersesat masuk ke jalan yang menghampiri zina itu..harap maklum!). point aku mungkin akan berterabur. sebab aku akan bercerita tentang perasaan aku. yang nak menjelaskan bahawa jalan yang menghampiri zina itu pun dah cukup membuat diri terasa rosak..=,=.. dan aku serius tentang ini..

aku dulu (entah berape menjak yang telah lama berlalu) bukan la baik sangat...(macam la sekarang ni baik..eh?) kawan pmpwn tu aku rase lagi ramai gamaknye...takde la aku kire satu2 kawan aku...tapi, fitrah Allah jadikan (ni alasan nk tenangkan hati la konon) yang lelaki ni memang cenderung kt perempuan..tak caye, just rujuk surah ali imran, 3:14.... jadi aku pun dulu begitu la... lebih cenderung pada pmpwn untuk  berkawan rapat..

nak dijadikan cerita..dari berkawan, jadi "sahabat"...dan dari situ jadi title yang aku pn tak tau namenye ape...tapi kalo tanye orang, mesti cakap itu la cinta..=,=.. tiap kali aku denga yang tu...pasti aku tergelak!... its a lol!!!!!eh? yea aku tergelak, tapi sebenarnya aku takut...hehe.. aku gelak nk cover je... supaye orang yang cakap tu tak rase janggal kat aku..haha..(ok aku yang pelik skarang ni..=,=)

so, bile aku da rase cmtu, dengan ayat yang straight to the point nyer aku pun tinggalkan..sebab ayat ni la.. cz aku nye otak da mereng!.. aku terasa macam aku da takde tuhan pulak..haha.. padahal time tu da ikut je tarbiyyah.. tau je itu salah...dan alhamdulillah tarbiyyah yang selamatkan aku..

hehe, abes untuk part cerpen.. aku masuk bab lain lak... dalam ayat Allah Ta'ala tu aku memandang dengan pandangan matematika...(rasenye la)... dalam matematika aku belajar tentang percentage..hmm.. begini pandangan aku :

kalau kite tak kenal seseorang pmpwn, percentage untuk mendekati zina adalah 0%.
kalau kite kenal pulak, percentage nye naik mungkin 1-5%..
kalau da berkawan pulak naik lagi..mungkin sampai ke 25%..
kalau da rapat?
kalau da ketat?...eh?
ha...tu kena anggar sendiri kot..hehe..

p/s: aku menggunakan ini kerana zina adalah hubungan suka sama suka tanpa ikatan yang sah si sisi syarak.

jadi...dalam kes cerpen aku kat atas tu...aku tak tau la berape percentage aku sebenarnya... yang aku cuma tau setan da cucuk2 hati aku nk jmpe dye...so, aku pun decide untuk say babai sebelum jumpe..eh? (smoga takde cucukan setan kat hati ngan statement ini..amin!!)

tapi nak katenye tentang jalan yang membawa kerosakan tu la kat sini sebenanye.. walaupn da clear unsur2 mendekati zina tu...but still aku rase otak aku ni mereng..means, aku still kadang terasa nak gak cntc pmpwn..(jujurnye aku? ketahuilah itu godaan setan..) adeh..

untung aku masih dalam tarbiyyah.. ada yang menyedarkan...ada yang membantu..ada yang mengubati penyakit hati itu..alhamdulillah...

er...tu je kot..aku just kongsi ape yang aku da lalui...pandai2 amek iktibar...cerita aku ni bukan untuk korang pun ikut kesilapan aku..tapi untuk korang tau, dosa itu sengsaranya mengheret...pahala itu ketenangannya menemani... if u know what i mean..

syaitan itu musuh yang nyata..pengalaman mereka sejak nabi adam lagi...maka hati2 la ye...bukan dalam kes cerite aku ni je..tapi dalam segenap kehidupan harian kita....(kredit)



k la.. smoga dapat manfaat..wassalam

Saturday, April 28, 2012

BERSIH...3.0

bismillah..
(kali ni takde ayat quran atau hadith untuk topik ni, cz just cerita biasa yang mungkin boleh amek iktibar)






semalam aku sampai rumah lewat..lepas solat jumaat..aku keletihan sebab aku baru pulang dari program yang aku kena bagi pengisian...2 hari...dan baru aku tahu, bukan mudah untuk memberi pengisian kat orang kalau diri kita sendiri tak melimpah ruah...dan akhirnya aku kekeringan..haha..(padan muke)!!..

bukan tu point kt sini..tapi, dalam penat2 aku tu, ada pertanyaan yang dilontar kepada aku..kemana aku hari esok (hari ni la.)? pada asalnya niat aku nak bersama BERSIH jika aku mampu..sebab semalam sungguh kekeringan aku selepas mengisi hati orang lain sampai aku rasa menggigil...umpama kebulur, padahal aku dah pun makan... menunjukkan aku perlu juga diisi... berbalik kepada persoalan yang dilontar... aku pun jawab, "rasenye ade pengisian esok..tak pasti lagi.." kerana mengharap sangat ada pengisian hari ni.. maklum la..jiwa tandus..=,=

namun, rupanya jawapan aku tu mengundang cemuhan dan serangan2 yang membuat kekeringan tu bertukar kemarau!..aku mengambil langkah membisu...dan ada orang lain yang menjelaskan kepada sipenanya yang jika aku pergi, ia membahakan aku sebab aku student..takut jadi apa2 yang tak diingini...dan sungguh aku tak tahu kenapa lepas tu aku terus membisu dan masuk bilik..rehat..itu je yang aku fikir..sebab tak mampu nk dengar pertanyaan2 yang serupa lagi...atau serangan2 yang menarik aku secara paksa untuk pergi BERSIH yang sememangnya aku niat nk pergi...

(aku tulis ni terasa macam aku buat alasan pun ada..adeh..terasa diri aku keji terhadap diri sendiri..)

malam semalam pulak, aku dikejutkan ngan suatu berita yang menggegarkan jiwa dan sanubari aku..eh? .. berita kakak aku kena rasuk lagi.. urgh.. aku lak masih menggigil time tu sebab kekeringan yang tak terkata.. tapi aku fikir, nak taknak aku mesti pergi gak..larat ke tak, aku mesti pergi tgkk kakak aku gak...dan akhirnya malam tu aku habiskan dengan berhadapan kakak aku...walaupn tak berlaku apa2 yang spesel...tapi akudah aku diuji malam tu(malam semalam)...

settle kes kakak aku, balik rumah, dah pkol 1.30 pagi..aku mula fikir...tak larat nk pergi BERSIH..niat hari ni nk rehat..jadi pagi tadi sampai la sekarang aku rehat..namun, tipu kalau aku dapat rehat dengan tenang... sebab aku tahu ribuan kawan2 aku pergi BERSIH dan mereka berhadapan dengan pemerintah...sedang aku duduk rumah goyang kaki??? argh!... mak aku n abang aku pergi.. aku je yang tak... rase macam looser pon ade..haish..

aku belek2 mukabuku...ternampak mmbe aku yang tak pergi BERSIH pn risau...dye post video lagu panic nyanyian bunk face... panic...aku tak rasa itu..tapi aku rasa looser sebab tak pergi...argh!....

the moral is...:


1. jangan buat alasan jika tak cuba lagi....
2. letih tu setan... bak kata sorang tokoh islam.."melangkahlah sehingga keletihan itu letih untuk bersama kita"

3. BERSIAP SIAGA LAH...Allah s.w.t akan menuntut dirimu kapanpun Dia mahu!...(jika anda benar2 mahukan urusan jualbeli dengan Allah s.w.t)

wallahu a'lam... jangan ikut kesilapan aku...tapi belajar dari kesilapan orang lain yang buat silap...macam aku..=,=...semoga korang tak buat kesilapan yang sama macam aku buat...

wassalam..


Thursday, April 19, 2012

CARTA HATI NO.2

BISMILLAH..


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (33:21)
 
pada tangisan...atau pada airmara.
lahir perasaan yang tak bisa ku lari darinya...
lukisan rindu yang terlakar di wajahku...
hadir dari hati yang di himpit perasaan..

sekian lama aku hidup...
tiba2 muncul cahaya islam menerangi hati ini...
aku mencari dari mana datangnya... saat ku tahu...
ianya hasil perjuangan mu....
aah....tak tergerak lagi lidah ini untuk beralun mengeluarkan bait kata..
yang ada, kerinduan yang membuak2....
yang hanya mampu diluah dengan sebuah lukisan rindu yang penuh warna...

bibirku berselawat tatkala kerinduan itu bertamu....
dan kuharapkan rahmat Allah...serta syafaatmu ya rasul...
agar kita bisa bersua...melihat senyum manismu... mendakap tubuh muliamu...

ya rasul, ada kala aku cuba membayangkan...
andai saja aku berada di sampingmu....
aaaah...pasti indah sekali...
pasti aku akan sehabis daya mencintaimu...
melihat hubungan eratmu dengan para sahabat..
membuat hati aku iri dan cemburu...
sungguh..eratnya ikatan engkau bersama sahabatmu..
seutuh ikatan tali yang takkan putus...
namun cepat aku tersedar....
siapalah aku ini untuk berada di sisimu...
mungkin aku tak cukup kuat untuk berada bersamamu...
kerana mungkin akulah yang akan menjadi abu jahal...
betapa hina aku dibandingkan dirimu ya rasul...

ingat lagi aku ketika engkau dan para sahabat berlumba2 untuk memberi salam...
sampaikan sahabat2mu terpaksa main sembunyi2 untuk mendahului salammu...
namun tetap saja kau menjadi juara....

masih bermain dalam ingatanku...
saat kau bertinju dengan seorang yang akhirnya kembali kepada fitrah kerana tinjumu...
aaah...lembut sungguh sentuhan2mu kepada ummatmu...
mampukan aku mencontohimu??

ya rasulallah...
engkau adalah yang ke2 di hati aku setelah Allah..
insan yang aku tak pernah bersua..namun engkau hadir dalam hatiku...

aku masih ingat betapa kejujuranmu membawa perasaan cinta ummatmu kepadamu,
walau mereka tak menerima kebenaran yang kau bawa, tapi mereka tetap percaya pada kata2mu...
dan aku masih ingat...
betapa kau kenal sahabat2mu...sampaikan telapak kaki yang kau dengar itu sudah cukup untuk kau tahu siapa yang datang...

aku juga masih ingat betapa indahnya peristiwa engkau bersama abu bakr, sahabat yang menemanimu berhijrah...
peristiwa yang sangat romantis...
kau tidur di pangkuan abu bakr...
kau tenangkan hatinya saat dia gelisah...
kau katakan, "tenang, sesungguhnya Allah bersama kita"...
dan saat itu sahabatmu menahan sakit dari bisa binatang dalam gua itu..
kau yang ubatinya...Allah sembuhkannya..

dan banyak lagi peristiwa2 indah yang membuatku cemburu sendiri...

resah hati aku...rindu membelenggu diri aku...
tak pernah lagi aku merasa perasaan sehebat ini ya rasul..
teringin aku bersamamu, teringin aku bersumpa dan mentatapi wajah sucimu...

semoga rinduku padamu, tiada yang mampu menandingi..
walaupun oleh ibu, isteri(bakal), anak(akan datang), dan saudara2ku yang lain...

semoga akan terlerai kerinduan ini...
semoga akan bertemu juga denganmu ya rasul...

terimakasih atas kasih  dan cinta yang kau limpahkan kepada kami ummatmu...
melalui perjuangan2mu...sehingga kami mampu merasa kasih sayangmu itu...
selawat dan salam keatasmu,
wahai carta hatiku no.2...

اللهم صلى على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد


smoga kita sama2 bertemu dengan nabi kita, muhammad s.a.w di akhirat.. kreadit

Sunday, April 15, 2012

peringatan ringkas..WATCHA!!!!

bismillah..

 maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: "Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah" (HR. Muslim).


1 hit KO...bermula dengan belajar tumbuk dan tendang...eh?


pelajaran malam ni...

apa yang kita belajar ngan sifu, adalah cara untuk tendang, tumbuk dan tahan..kunci pun ade... tapi bile da jejak ke gelanggang...semua tu macam dah tak nampak...yang ada pertempuran sengit yang susah nk nampak rentak dan seni...aplikasinya bergantung pada kesesuaian keadaan...serang bila nampak peluang...dan bertahan jika diserang..sambil cari peluang counter...

cmtu gak semua ilmu kita...kat kelas belajar segala teori...segala hukum alam...segala bagai ilmu yang ada pengkhususan lagi.. dan bila turun ke medan tempur...segala ilmu tu perlu sebati ngan diri...bukan dalam otak..agar ia beraksi sesuai dengan keadaan..

(cari perkara yang nak sihatkan dan kuatkan tubuh badan...dapatye yang ni..alhamdulillah..=,=)

p/s: lame tak tulis sebab tak teringat nk tulis...asek tgk tutorial martial art then tgk the real fight...tu yang jadi cmni..ades...

Thursday, April 5, 2012

hand

bismillah...



 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(surah ar-Rahman, ayat yang diulang2)



tangan..
anugerah tuhan yang sangat berharga...
dan di tarik seketika sedikit nikmatnya dari ku...
dan ofkos la Allah yang tarik...

salah aku gak...
sampai bertahun2 aku terpaksa tahan nafsu aku untuk liar dan mengganas kat lua...
sampai badan aku naik dari lidi da jadi pokok!...

salah aku gak...
degil masa kecik2...
panjat itu ini...terjatuh...PAP!!!!
patah..~

rindu aku nk lasak mcm dulu...
dulu aku beraksi, sekarang aku tgk je...
dulu aku di gelanggang..sekarang aku ditepi je..

yakin tu pasti...dah takde!...
cz setian kali gune tangan asek risau je..
pike ok ke tak...larat ke tak...

tapi bile da jemu pike...HAA!!!..
buatkan aje semua benda...haha..sampai tangan aku merana...
tapi aku puas walau sengsara sementara menahan seksa...

tapi, nasihat aku kepada mereka yang tangannye still ori,
buat lah selagi mampu..
jangan duduk je depan laptop...
kembalikan kehidupan sebenar...
aku rindukan kawan2 yang boleh diajak ke medan juang bersama...

bersyukurlah...

Saturday, March 31, 2012

penangan GMJ

ba'da a'udzubillahi minassyaithonirrojim!


maksudnya:.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah 9:41)

assalamualaikum..:)

post lewat 2 hari ni khas nk menyatakan betapa ruginya mereka2 yang tak pergi...tanpa alasan yang kukuh... eh?? pergi mane?? mane lagi!... GMJ la...Global March to Jerusalem...  haish la korang~..

eh, sory2...bukan maksud nak cari salah orang..hehe..aku percaya korang ada misi yang lebih penting dari itu..:)..

tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman aku di GMJ kelmarin...

kredit to ummu afeera's blog

sebenarnye da lame sangat aku tak pergi ke tempat keramaian cm kt GMJ...

sebab risau...aku kembali lemah... maklum la...macam2 ada kalau pergi ke tempat2 macam tu...
tapi sungguh, GMJ tak seperti prog2 keramaian yang lain....GMJ membawa suatu RUH yang dimatikan dalam majlis keramaian yang lain... RUH yang menyatukan setiap hati2 yang datang... yan menggandingkan setiap yang datang itu dan menghantarnya ke JERUSALEM...

untuk aku...GMJ suatu permulaan..permulaan baru yang hebat!...

dari situ, aku merasakan kesatuan itu apa...bagaimana...

dari situ juga... aku sedar akan hakikat kemanusiaan...(seperti selama ini aku lupa akan hakikatnya)...eh?

sungguh..sejujurnya hati aku terbakar dan cair dari bekuan perang dingin perasaan...(bahasa yang mungkin aku je paham...sory ye...)

kehangatan itu membawaku melihat lebih jauh....jika aku berlengah...aku pasti TERCICIR!!!!

melangkahlah dalam keadaan senang mahupun susah, dan berjuanglah!!! dengan segala yang kau ada... di jalan Allah....

bismillah..jalan..~


http://1.bp.blogspot.com

full video of GMJ.. boleh klik kat sini....FULL MyGMJ

Ulasan dari Ally iskandar...

sekian...

Wednesday, March 28, 2012

buat diriku yang sering lupa


بسم الله الرحمان الرحيم
 
  ...إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ....

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu "
tajarrud!
jangan sampai ada sikit pun lumpur!!!!
bersihkan dirimu...
tanggalkan segala pakaian jahiliyyahmu!!
dan sarungkan ketaqwaan...
itu sudah memadai dalam hidup ini..

lagha... buang masa... perbualan tak berbuah amal...dan yang seangkatan dengannya..

Tuesday, March 27, 2012

generasi yang dimandulkan

bismillah, wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillah...

Allah 'azza wa jalla berfirman:





okay...

asal tibe2 pepagi cmni aku nk cakap pasal orang2 mandul..? haaa, jangan salah paham ye... aku tak maksudkan kt orang2 yang mandul @ tak subur dari segi bahasa yang digunakan oleh suami isteri tu... yang aku maksudkan kat sini adalah, generasi yang sangat pasif..!

aku nak kongsi 1 kata2 yang pernah di kongsi oleh ade sorang mmbe aku ni...

"lemahnya amal kerana  kecilnya cita2"
so...ape kaitan dengan generasi mandul yang anda katakan di atas wahai supir???

haaa...soalan menarik!...

meh sini aku jelaskan....

kalau kita lihat zaman sekarang...manusia berebut2 mencari cinta~...eh? ya, CINTA... dari budak kecik sampai la ke atok kecik... semua kerana CINTA... hai lah cinta..

bukan aku nak kata salah perkara itu...tapi... jika itu yang menjadi nombor 1... aku macam tak tau nk cakap ape... cuma mampu mempersoalkan...ITUKAH TUJUAN HIDUP KAU???????!!

ops...terlepas emosi di situ..ehehe~...

ketahuilah wahai saudara2ku...2 ayat yang aku titipkan untuk kalian di awal perbicaraan ini cukup untuk menyatakan kenapa kau hidup...

dan 2 ayat itu jualah yang membentuk "kita" tatkala dahulu menjadu generasi yang subur!!! segar!!! out standing!!! OSEM!! dan berpengaruh... jika tidah, takkan la "kita" mampu mentadbir hampir keseluruhan dunia???  (tibe2 muncul lagu "adakah kau lupa" dalam otak aku...hehe... kalo korang nk feeling, leh la kot korang bukak kt YT)

((tapi itu dulu kang supir~...sekarang "kita" da tak macam dulu......))

haaa...tu la....tak belajar dari sejarah..................~
(talk to myself)...=,=

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”
berfirman Allah s.w.t.:

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu , untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
                                                                                                                  Surah Hud 11: 120

 hehe...okay, kenape eh aku keluarkan kata2 dan ayat ni???

sebab aku nak bagitau kat korang bahawasanya sejarah tu adalah tentera Allah~...eh?? how come?? kalau kita menguasai sejarah, maka insyaAllah kita tahu nk hidup macam mana~.... kerana sejarah itu akan berulang...dan pasti akan berulang...

eh? ape kena mengena generasi mandul ngan sejarah eh?? haaa... sangat kena mengena....

aku ade 1 cerita.....dan sebelum aku cerita, aku nak kita sedar, fikir, dan mengakui kelemahan kita sekarang... dengan membandingkan diri kita dengan para pemuda islam yang membangkitkan islam suatu masa dahulu... persoalkan pada diri anda dengan persoalan ini~

apa yang membezakan aku dengan mereka??? mereka manusia, dan aku juga... mereka muslim, dan aku juga....mereka mengamalkan islam dan aku juga (sepatutnya lah)....jadi, apa yang menguatkan mereka dan menjadikan mereka berbeza seribu kali ganda dengan kita????

orait, dah ade soalan tu dalam hati???

lets begin the story....

di kisahkan pada zaman khilafah umayyah (kalau salah tolong bgtau eh..thanx..)

ketika tu islam dah sampai kat istanbul (spain)  dan berhampiran dengan France... dan France masih kuat dan cuba untuk kembali menguasai istanbul...

jadi, ketua France pun hantar la mata-mata mereka untuk mematai situasi umat islam ketika itu.... sama ada sesuai untuk diserang atau tak..

jadi ceritanya bermula di sini....(eh? baru mula rupenye).

si mata-mata pun memasuki tanah umat islam dan terjumpa seorang pemuda... 16 tahun umurnya...dalam keadaan menangis yang sangat bangat, macam perempuan menangis..(eh?) jadi, si mata-mata pun sembang la ngan pemuda tu...

si mata-mata: nak, kenapa kau menangis???

sang pemuda islam : mak aku.......(isk, isk...) ... tak bagi aku nak join...(isk..isk...) TENTERA ISLAM untuk BERJIHAD selagi aku tak habis ingat SELURUH ALQURAN... tapi aku nak join sekarang!!! AKU NAK BERJIHAD SEKARANG!..

(dush!!... lebam mata sebelah aku, dek penumbuk "peringatan" yang menyapa mesra)

jadi si mata-mata pun balik ke pangkalan untuk buat report kepada sang ketua..dan reportnya, "mustahil untuk kita serang negara yang macam tu...dan kita takboleh serang!"....

tapi, selepas 30 tahun kemudian....mereka France hantar lagi mata-mata mereka....

dan berlaku perkara yang hampir sama...

si mata-mata terjumpa sorang pemuda, 16 tahun, menangis, macam perempuan....maka terjadilah perbualan..

si mata-mata: nak, kenapa kau menangis??

pemuda islam: mak aku...(isk...isk...) taknak belikan aku sorang hamba perempuan~....

maka, si mata-mata pun bergembira dan pulang dengan memberi laporan kat ketuanya, " sekarang!!! kita dah boleh serang mereka!!!" muahahahaha (gelak jahat)...

dan mereka serang!....dan mereka berjaya menguasai utara istanbul....

the end of the story....

jadi kat sini kite leh nampak....pemuda...lelaki dan perempuan...macam mana mereka dibentuk...apa kecenderungan mereka...ape yang menguasai pemikiran mereka...itu soalan2 yang akan mengukur masa depan islam....

wahai pemuda2 islam.... apa tujuan kau??? apa yang berlegar di fikiran kau??? perempuan??? kemewahan??? atau, jihad??quran???

itu yang akan membezakan kita.......yang membezakan kita dengan generasi yang subur.....

jom kita bandingkan....

ghayah mereka Allah swt semata2..ghayah kita pekerjaan yang kita citakan...
qudwah mereka rasulullah saw....qudwah kita artis2 yang korupsi....
pedoman mereka al-quran... pedoman kita komik2 dan majalah2, atau gosip2 tentang seseorang...
jalan mereka adalah jihad!.... jalan yang kita lalui, mencari harta dan kenikmatan dunia...
cita2 mereka mati di jalan Allah... cita2 kita, hanya untuk hidup dan terus hidup...tanpa fikir kematian...
(perbandingan ini takde kaitan dengan yang mati atau yang hidup...ianya secara general...)

haaa!...kan, nampak? kita asek sebok pasal cinta....padahal tujuan Allah hidupkan kita untuk menjadi khalifah dan hamba Allah....generasi yang subur tu berpegang pada quran dan sunnah...dan jihad adalah jalan mereka...kita?? quran pun susah nk sentuh....hadith pn tak tau ape bende....jauh sekali la ngan jihad kan??

haaa...fikir2kan... adakah kita begini???

kalau ye...lets shift our paradigm.!!!!.

kembali pada keaslian islam....

ingat: LEMAHNYA AMAL KERANA KECILNYA CITA-CITA

wallahu a'lam... wasslam...

Sunday, March 25, 2012

DIRIMU YANG OHSEM~

bismillah..
KAMU adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.


korang sebaik2 ummah...jika~...tersenarai list2 diatas...jom kite perhalusi sikit...keluarkan point2 dye.... macam sikit je kan???hehe

 antaranya....jeng jeng jeng....

3 perkara yang di highlightkan dalam ayat kt atas tu.....:

1. mengajak kepada kebaikan...

haa...ada buat ta??? ada sedekah??? ada senyum?? ada jaga solat?? kalau ada, tanya ni pulak, ada bran (baca:brave) ka ajak orang???(eh?? kena ada bran ke???bukan ajak tu macam ajak makan je ke?? bukan dengan perkataan "JOM" je ke???) 

teman, sahabat, adek, abang, kakak, makcik, datok, nenek...dan yang bergelar insan muslim....aku ta merasakan untuk ajak orang tu satu beban...kan??kerana Allah takpun letak syarat sampai orang tu ikut ajakan kita..kan??ke mcm mane??

kerana hidayah tu milik Allah...dan mengajak tu tanggungan kita di dunia...sebagai khalifah...kan??:)

2. mencegah kepada kemungkaran...

perkara ni pun mudah..kan??? lebih kurang same je ngan ajak buat baik..hehe...(cakap senang la...buat cube, tgk kena maki ke tak...)

laaa...maki je pun, paling biase kena, zaman skarang ni ayat femes, (jangan berlagak alim la....) tak pun, (jage tepi kain sendiri boleh tak??) woha!... dorang berkata2 je kan???

(eh, mane ade tu je wahai supir, ade kena belasah tau sebab halang orang buat jahat).... erk...ade eh, hehe.. biase la....pun sikit je tu...kan?? (er..macam tak sikit je...sakit la kalo kena belasah!~ hang tak kena lagi wahai supir, bole la cakap...!)

DUSH!!!(lebam mata aku dek kata2 itu.... aduh sayang...) betul...tapi korang dah merasa kena belasah ke atas sebab larang orang buat dosa??? (er......) haaaa, kalau belum merasa, jangan nak mengagak je...

nanti kena seperti khabbab baru tau...meh sini aku citer sikit...

(boleh cari full versi kat buku2 seerah ye, aku citer ringkas je...)

Khabbab ni, salah sorang sahabat nabi yang awal masuk islam....waktu zaman orang quraisy buat seksaan mental dan fizikal kat orang islam...Khabbab ni tak terkecuali...dye keba seksa, dan kita merasa siksaan tu...(sepatutnya la)...tau ape yang dye kena??? haaa, ce teka~..
......
ok takpe aku citer..hehe..dye kena bakar (bakar yang macam mana, itu kena rujuk buku sirah...) sampai la panasnya bara/pembakar tu menyejuk kerana lemak2 Khabbab yang cair di atas pembakar tu!!!!!! (berapa banyak lemak dye abes agak2???)

dan lepas tu dye jumpe nabi tanya, bile islam nak menang....mintak nabi S.A.W doa agar dipercepat kemenangan islam!!...

kalau kite tgk seksaan yang Khabbab terima tu...dengan permintaan dia kat nabi S.A.W, rasa2 wajar la kan dye mintak tuu...tapi tau tak nabi jawab ape?????

"kau tergesa2 wahai khabbab..!!(dan ade sambungan yang aku lupe...kena rujuk buku sirah atau google kalau ade..hehe)" woha!!!!!

tergesa2!!!!?????

baik, itu la fitrah kehidupan wahai sedare2ku sekalian..(ayat penuh kasih sayang...wek~)...
selagi dunia masih berputar... selagi itu manusia akan di uji samada dia bersungguh2 atau tak...

kalu dengan kena belasah je pun kite da givap...cmne nak jadi macam generasi yang di pupuk nabi?? kalau tak dapat nk jadi macam sahabat, cmne nk kembalikan kegemilangan islam??? kalau tak kembalikan kegemilangan islam...cmne nk jadi sebaik2 ummat???!!!!!
hope got the picture..
3. beriman kepada Allah...

pun mudah kan?? eh??ke susah?? melakukan semua perkara kerana Allah...meninggalkan ape yang di tegah, dan buat ape yang di suruh...susah ke??

haaaa...aku tau kenape susah...sebab, korang ta tau kan ape yang Allah suruh dan ape yang Allah larang??
kalau tau pn dari dengar2 kate orang tue je...tapi bile tanye bukti@dalil@sandaran, mula la termangu2...terkial2 cakap (er....er.....er....alaaa, atok aku yang cakap!~ takkan atok aku nk tipu aku~)...eh?? kite beriman ngan atok ke ngan Allah???

semua ni sebab kite tak bukak warkah cinta yang ade 114 surat tu kan??? (114 surat cinta tu~) kalo bukak pn taknak paham...sebab bukan bahasa kita..kan?? bace pn sebab nk dapat pahala je.. nk paham tu belum melintas lagi kt otak ni...kan??

kalo cmtu, macam mana kita nak tau dan faham ape yang Allah suruh dan ape yang Allah larang???
dan sampai bile2 pn kite tak tau..

ada pepatah arab yang cantik untuk korang pegang:

"jika engkau nak bercakap dengan Allah, maka solatlah... dan jika engkau nak Allah bercakap dengan engkau, maka, baca lah quran.."
eh??kenapa lak?? haa, sebab, quran tu kan kalam Allah...kata2 tulen Allah kepada hambanya...eh silap, kepada kita semua hambanya...got that????

jadi...lepas ni, korang fikir2 la ye...pastu esoknye buat macam takde perkara berlaku....eh?
(status ini adalah ayat perli..sila mengerti ye...kalau tak mengerti, tanya kawan..)

*************************************************************************

huuh~...dah settle 3 perkara mudah yang menjadikan kita ummah terbaik...meh enjoy lak video ttg sorang yang kite leh cube untuk contohi...yang betul2 buat ape yang Allah cakap kt atas....

ini contoh zaman kini..bukan zaman sahabat..lebih dekat dengan cara hidup kita...:)
(dan boleh je cari kat sekeliling kira orang yang macam dalam video ni...aku ade sorang mmbe yang macam ni...series aku respek dye!! dan sangat rindu dye...)

aku rase cukup la kot takat ni dlu untuk kali ni...

yang baik dari Allah...yang buruk tu kelemahan aku...maka, amek la cahaya Allah tu, dan bagitau aku kelemahan aku...semoga aku boleh baiki...

mereka cakap: "kesian kat orang yang tak tahu bahasa inggeris, sebab mereka akan susah nk faham kata2 manusia" , dan aku cakap: "kesian kat orang yang tak tahu bahasa arab, sebab mereka akan susah nk faham kata2 TUHAN MANUSIA"..

wallahu a'lam...sekian, wassalam..

Wednesday, March 21, 2012

sudah cukup sudah..

assalamualaikum...



haa..alhamdulillah.. time cuti ni, plus duduk rumah, boleh la aku tulis banyak2..kongsi ngan korang ape yang ade..kalau busuk, maaf...mungkin sebab dosa aku yang busuk dan bertimbun ni... tapi kalau ada cahaya..amek cahaya je eh...

petang2 cmni, aku plan nak g jogging...tapi tgk bilik yang tunggang langgang...=,=...urgh~ teruk tol..cmni ke da'ie...so, aku decide untuk kemas bilih...dan, sambil2 tu...cari la back ground music yang ade kt facebook orang post..=,=...aku tgk ade mmbe aku post lagu jiwang.. mai test denga asal la dorang suke sangat lagu2 jiwang ni..=,=..

so aku tekan butang "play"...---buffering---...tajuk lagu ...macam tajuk diatas...kumpulan aku tak tau...

lagu pun berdendang..

inikah caramu..membalas cintaku...
kau nodai cinta yang ku beri....

inikah caramu membalas sayangku...
kau lukai sayangku untuk mu....

ops...ok...sampai situ je yang aku nk kongsi...cz aku tersentap ngan ayat tu...

haaa...cube bayangkan kekasih kite yang kecewa ngan sikap kite...

Die bagi kite segalanya....

duit, makanan, pakaian yang cantik2, transport yang terbaik, dan lain2...

Die gak bagi kite udara, panca indera (bagi yang ada), aqal yang waras, dan lain2...

yang paaaaling besar dye bagi kat kita, nikmat iman dan islam.....



jeng...jeng...jeng..!! sedar tak??!


cube baca balik lirik ringkas yang aku kongsi tu...

inikah caramu..membalas cintaku...
kau nodai cinta yang ku beri....


inikah caramu membalas sayangku...
kau lukai sayangku untuk mu....

muhasabah ya akhi......walau hari ni belum tamat...tapi muhasabah lah.....

Allah bagi macam2 kat kite...

tapi hari ni... brape banyak kite da ingat Allah???
tilawah kite berapa muka???
padahal kite perlukannya sebagai ubat untuk hati kita...
padahal dengan kita tunduk pada Allah, kita akan tenang...

solat kita lak cmne???????
adakah berjemaah??
adakah di masjid??
adakah awal waktu???

masa yang diberi pulak??
adakah di isi dengan perkara yang bermanfaat di sisi Allah??
atau di isi dengan perkara2 yang lagha dan lebih ke arah membesarkan taghut???


huuuh!!~...(jantung terasa berlubang di tembak soalan2 tersebut...)

ape2 pun, sudah cukup sudah....tinggalkanlah perkara yang busuk tu...JOM melangkah pulang ke dakapanNya... sering ingat pada Nya...agar kita kembali sihat...agar kita kembali tenang dan tenteram....

seperti ayat quran yang diatas....yang membawa erti....

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

semoga kita masih mampu dan mahu untuk memupuk dan membentuk hati kita kearah bentuk yang Allah kehendaki...bukan yang kita kehendaki...##ifyouknowwhatimean##....

huhu....sekian...ape yang cantik, baik, best, wangi itu datang dari Allah...
yang buruk, tak best, BUSUK, itu datang dari dosa dan kelemahan aku sendiri...
wallahu a'lam...

sudah sudah lah kita buang masa..jom lebih khusyuk hidup tunduk pada Allah...
 sekian, wassalam

Sunday, March 18, 2012

anak dara versus bidadari

بسم الله الرحمان الرحيم....





alhamdulillah..
pada mula sampai akhir usia dunia ini..
aku panjatkan...

eh...? baru perasan. aku mule kali ni dengan ayat quran...hehe..biasenye tengah2 atau akhir2.. atau takde langsung..kan??? ish2...teruk2.. smoga kali ni permulaan perjalanan baru menuju ke destinasi puncak tertinggi...ameen..

haaa...nk tau kenape??

(nak2X~~)

er...sapekah gerangan yang riang ria tu?..

baru ni aku kena lempang (literally) oleh kawan aku..yang peliknye ianya sangat membahagiakan..=,=.. (aku sakit kot..kena lempang membahagiakan kah?) YE!.. membahagiakan... entah kenapa..mungkin dah lame tak kena lempang... orang asek belai je...buat aku jadi lesu..layu..longlai...alahai~...

nak diceritakan lempangan tu berlaku bila aku lepak ngan member aku si WKL...(bukan nama sebenar).. kitorang sembang la pasal macam2...family aku...banding lak ngan family dye...pastu study...(ade ke??) then baru la lempangan maut yang membeliakkan mata...(tapi time tu aku buat cool je..hehe) bukan sebab sakit... tapi tak sangka akhirnya ada gak yang kejutkan aku dari mamai2 dunia aku ni...kejutkan aku bahawa bidadari tengah lambai kat aku...tapi aku macam orang tak betul membiarkan lambaian tu tak berbalas...AKUGEMBIRA...

yup...begitu la manusia...bukan selalu dia celik...kadang2 time letih, dye mamai...dan tertidur...

JAZAKUMULLAH wahai beroe WKL ...lempangan mu ku kenang...wah!

************

aku nak kongsi ape yang aku dapat time aku dalam kereta tadi...on the road from KMB to SERDANG..dengar la ceramah..(kereta yang kau pandu penuh ngan ceramah best..(kalo korang suke la)..

dalam ceramah tu...si penceramah cakap...ulama' mengandaikan dunia ini dalam 2 macam perumpamaan...

perumpamaan 1: dunia ibarat lautan yang dalam.

yea, aku setuju...kerana apa?? cube tgk manusia jika kat lautan...jika dia ingin berenang ke pulau...biasanya dia akan pastikan badannya ringan untuk dia berenang dengan selamat ke pulau..

tapi, jika manusia itu hanyut dengan dunia...maka ia akan karam, terus tenggelam ke dalam lautan yang entah ke mana dasarnya akan berakhir...

point nye..dunia akan menyusahkan manusia untuk ke pulau akhirat (destinasi terakhir)

DUSH!!!!! LEBAM BIJIMATA sebelah kanan...memang penyakit bertemu ubat...sakit wo~...

perumpamaan ke-2: umpama anak dara 20 tahun 

(kenapa 20 tahun, aku tatau la...sang penceranah tu yang citer...mungkin teringin bini muda 20 tahun agaknye...wallahu a'lam...)

yang ni terlagi gila amat setujulah aku!~ (hamboi gatal~) eh...bukan gatal... tapi hakikatnye mmg dunia ni macam ANDARDUPUTA (anak dara dua puluh tahun!)..

ok jom kita tgk gambaran...(jangan bayangkan sangat..nanti terbayang sape2 lak...takut sangkut kat hati..=,=)

wahai pemuda, petua, pendakwah, penceramah, dan segala "pe.." sekalian...

bayangkan dalam perumahan anda..atau perkampungan, perbandaran dan yang sewaktu dengannya... ada la satu rumahh ni ade andarduputa ni....cun, gebu, manis, cukup la ngan citarasa yang melihatnya...dan kita mmg sering pun lalu kawasan rumah si andarduputa ni...biasenye kite sibuk la ngan amal2 , kerja2, asgment2 dan yang sewaktu ngannya...yang biat kita tak tertarik sangat pun dengan si andarduputa ni...maklum la... sibuk~...

tapi satu hari ni...time lalu depan rumah andarduputa tu, dye senyum kat kite...JENGJENGJENG... kite pun mule la... (eish..makcik ni senyum kt sape lak ni...~ eh, senyum tegur je kot...)

keesokannya lak, dye senyum lagi dan lagi...

kali ke 2 (reaksi kita) : eh, senyum lagi...peramah dye...tak sombong..

kali ke 3:  eh...lagi?? dye ni betul ke?? 3 kali dah ni....

kali ke empat lak: alahai manisnye senyuman dye.....

 kali seterus dan seterusnya....cair la kite.... (tipu la korang kalo ade pmpwn senyum kt korang hari2 korang tak perasan sikit pun...melainkan mereka yang sedar itu adalah godaan....)

haa...cam tu la dunia yang ulama' gambarkan...kalo tgk, memang best...cantik... mengiurkan...

tapi bile da dapat....

bayangkan la kalo dapat kawen ngan andarduputa tadi....

kite bagi 10 ringgit...dye nak seratus....

kite bagi kereta persona, dye nak BMW...

kite ajak ke masjid, dye nak ke wayang..

kite ajak ke ceramah... dye nak ke konsert...

dan lama2...amal2 kita terabai dek tuntutan2 si andarduputa tu...=,=..

dan begitu la belaian dunia...kalo da dapat, biasanya pasti lentok!!...tak terlawan nak bangun balik...

dan pastu tibe2 maut datang...maka terbeliak la mata kita...(allammak~..mabuk dunia nye hal..tak sempat nk buat amal...)

JENG JENG JENG!!!!

dan terheretlah kita ke neraka dek tiada cukupnya bekalan kita nak berjumpa Allah...

na'uzu billah min dzalik!~...

aku mohon, korang yang kenal aku...kalau nampak aku termamai lagi... lempang la aku...agar aku tak terlentok pada senyuman si andarduputa...dan ku kejar lambaian syurga...

kerana itu aku mulakan dengan ayat quran di atas..(eh, ayat buku teks la!)...

yang maksudnya....

dan berilah peringatan, kerana ianya sangat bermakna untuk setiap yang beriman...

wahai lah dunia...aku undur diri dulu..kerana ada yang sedang melambaiku di hujung sana..:)

peace out.. wallahu a'lam... yang salah harap korang yang baca betulkan la ye...

sekian..wassalam

wich way u wanna go? up or down???

Monday, March 12, 2012

BUKAN SALAH KAU SAHABAT

masih tak terubat...
masih tak jumpa benang untuk menjahit luka yang menusuk dalam...


kira2, dah sebulan aku lemas...
lemas dek buai dunia yang fana..
salah aku juga kerana turun ke dasar lumpur...
tak sangka aku termakan olehnya..

dalam itu, berbagai perkara yang ada..
kaca, batu, lintah, pacat,
semua menyerang jasadku yang longlai oleh pekat lumpur..

sebulan juga aku umpama menyerah...
jika ada hujan yang turun, ku nganga mulut luas..
jika cahaya menyapa, ku garap semahuku, walau dari celahan pohon rendang.

aku perlu berjuang..dan aku tahu...
aku perlu keluar dari lumpur..dan aku tahu...
tenaga aku sebenarnya cukup untuk aku tempih perjuangan...
tapi..aku ragui..

sahabatku..mereka di medan mereka...
medan mereka yang sangat getir....tak cukup tangan dan kaki mereka berjuang...
takkan ada waktu untuk aku yang masih berlemah longlai ini...
jika mereka adakan, medan mereka pasti haru..

aku rindu sang pelangi...
yang indahnya kerana kerana bias mentari...
aku rindu sang mentari...
yang cahayanya menerangi segenap hati ini...
 aku rindu sang pantai...
yang dengan memandangnya aku terasa damai...

namun...
aku tahu...
aku lebih rindukan sang pencinta...
yang mewujudjan semua perkara itu untuk yang dicintanya...

rinduku tak beraksi...
rinduku kata2 yang basi...
kerana itu hati aku mati...

aku sedar...aku mengerti..
kini...


Thursday, March 1, 2012

TERLEPAS DARI DAKAPAN CAHAYA

suram...
itulah suasana yang mampu aku lafazkan..
tatkala dunia terasa sempit...
cahaya ilahi umpama terlinding oleh awan yang gelap lagi beras...
yang menjadikan aku di bawah bayang, jauh dari cahaya..

dalam keadaan suram ini juga...
timbul persoalan2 yang mencarit-carit jantung limpa dan hati ini...
jika kertas, pasti dah tak rupa kertas..
persoalan yang datang dari alam angker...
yang menjadi ujian bagi orang2 yang teruji....

"dah lame ko buat kerje ni...tinggal je la...takde perubahan pun kan..ko series ke nak buat bende ni sepanjang hidup?????"

"kau tak sesuai la nk buat kerja ni...mmbe2 ko lain tu boleh la...ko, nak bawak pemikiran ni sorang2??? kat tempat yang orang lain tak fikir care macam ko?? ko ingat ko boleh ke survive???"

"sebab ko buat kerja ni la ko nye amal tak khusyuk...asek pike adek2 yang ko bawak je...time makan, time solat, time qiam...dah tu...bile ko nk khusyuk???"

series, soalan cmni la yang menjadi 'penambah seri dan rasa' tatkala aku sedang luka parah....
dan aku percaya bukan aku je yang merasa...

bersabar itu jawapan skema...tapi itu je la jawapan yang ada....wajau ape pun terjadi...jawapan skema yang takkan lari dari setiap perkara....

"tuhan mahu aku pelajari sesuatu dari perkara ini...tuhan nak ajar aku...tuhan masih mahu bimbing aku..." pujuk aku kepada aku....


teringat aku tentang ayat cinta ini...


"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (noor, 24:40)


semoga terus tabah...

Tuesday, February 28, 2012

LETS GO HOME

saat manusia itu sesat halatuju.....
dua persoalan yang biasa dia akan tanya....

untuk apa aku hidup.....???
dan kemana aku menuju....???

aku akui aku menulis dikala aku betul2 tengah down...
sebab kalau tak down...sebenarnye banyak perkara kena buat..
tapi macam dah tak larat dah ni....
kalau nk ikut nafsu...memang kena tarik ke neraka gak aku ni...
untung masih ada iman yang sikit ni...umpama sebutir pasir dari selautan padang pasir...

hehe...tak nafi penat jugak berlagak tabah ni....
muka kena buat senyuman yang manis...takleh yang plastik...
kena sentiasa ramah...sampaikan fikrah yang ada di dada...walaupn fikrah ni hanya secetek sisa minuman...

haha..aku mintak maaf kepada semua...
yang aku santuni...kerana aku tak memberi 100% hak korang sebagai anak didik aku...
aku taknak bagi alasan..sebab mmg aku takde alasan...

juga kepada group elit yang banyak tolong aku...hehe..
aku tau korang sibuk..but still banyak tlg aku...

and kepada sifu..
thank you...

eh??? asal jadi dedikasi ni??? adesss...

pabila gelap itu bertandang...
siang pudar warnanya...

begitu juga hati...
pabila karat jahiliyyah itu mula suka bertandang...
maka hilanglah serinya...

kata2 seorang akh...
"5 penawar hati adalah paling mujarab... namun jika tak mampu... paling kurang pergilah mentadabbur quran, bertafakkur...melihat kejadian alam ini..."

timbul soalan dalam hati aku...
"sampai bila aku nk naik turun ni...time naik best la...rase terbang je....nk tolong orang pn tenang....tapi time jatuh...sakit tu...sorang2 lak tu yang rasa...pastu effect lak kat seluruh ummah...=,=... sampai bile aku nk cmni???"

kalau aku tanya...korang mesti terdiam...eh...korang tak kot...tapi kawan2 aku mesti terdiam...malas layan kerenah aku mungkin....haha...yang manja dalam pura...er?? macam ayat novel plak da...

hehe..dorang diam tu sebenarnya jawapan kepada aku...kan beroes..???

kerana jawapannya adalah...

...

......


................

haha...teka la....XD...

ok2..


"SAMPAI BERTEMU TUHAN....."

eh...haa betul la tu...

hati.......terus la buat2 tabah...kalo nk nangis pegi la nyorok bawah bantal tu ha..eh???

bismillah...jalan~..(kata sorang brader kat aku)...

buat tak tau je ngan luke tu...(kate kakak aku..ke?? hehe..tak ingat)..

Hold my hand...there are many way to back to the highway~...


berapa kali aku terjatuh, berapa kali aku tersungkur, namun, demi Engkau, aku sanggup laluinya beribu kali lagi..





lets go 'home'....