Monday, March 12, 2012

BUKAN SALAH KAU SAHABAT

masih tak terubat...
masih tak jumpa benang untuk menjahit luka yang menusuk dalam...


kira2, dah sebulan aku lemas...
lemas dek buai dunia yang fana..
salah aku juga kerana turun ke dasar lumpur...
tak sangka aku termakan olehnya..

dalam itu, berbagai perkara yang ada..
kaca, batu, lintah, pacat,
semua menyerang jasadku yang longlai oleh pekat lumpur..

sebulan juga aku umpama menyerah...
jika ada hujan yang turun, ku nganga mulut luas..
jika cahaya menyapa, ku garap semahuku, walau dari celahan pohon rendang.

aku perlu berjuang..dan aku tahu...
aku perlu keluar dari lumpur..dan aku tahu...
tenaga aku sebenarnya cukup untuk aku tempih perjuangan...
tapi..aku ragui..

sahabatku..mereka di medan mereka...
medan mereka yang sangat getir....tak cukup tangan dan kaki mereka berjuang...
takkan ada waktu untuk aku yang masih berlemah longlai ini...
jika mereka adakan, medan mereka pasti haru..

aku rindu sang pelangi...
yang indahnya kerana kerana bias mentari...
aku rindu sang mentari...
yang cahayanya menerangi segenap hati ini...
 aku rindu sang pantai...
yang dengan memandangnya aku terasa damai...

namun...
aku tahu...
aku lebih rindukan sang pencinta...
yang mewujudjan semua perkara itu untuk yang dicintanya...

rinduku tak beraksi...
rinduku kata2 yang basi...
kerana itu hati aku mati...

aku sedar...aku mengerti..
kini...


No comments:

Post a Comment