Thursday, March 1, 2012

TERLEPAS DARI DAKAPAN CAHAYA

suram...
itulah suasana yang mampu aku lafazkan..
tatkala dunia terasa sempit...
cahaya ilahi umpama terlinding oleh awan yang gelap lagi beras...
yang menjadikan aku di bawah bayang, jauh dari cahaya..

dalam keadaan suram ini juga...
timbul persoalan2 yang mencarit-carit jantung limpa dan hati ini...
jika kertas, pasti dah tak rupa kertas..
persoalan yang datang dari alam angker...
yang menjadi ujian bagi orang2 yang teruji....

"dah lame ko buat kerje ni...tinggal je la...takde perubahan pun kan..ko series ke nak buat bende ni sepanjang hidup?????"

"kau tak sesuai la nk buat kerja ni...mmbe2 ko lain tu boleh la...ko, nak bawak pemikiran ni sorang2??? kat tempat yang orang lain tak fikir care macam ko?? ko ingat ko boleh ke survive???"

"sebab ko buat kerja ni la ko nye amal tak khusyuk...asek pike adek2 yang ko bawak je...time makan, time solat, time qiam...dah tu...bile ko nk khusyuk???"

series, soalan cmni la yang menjadi 'penambah seri dan rasa' tatkala aku sedang luka parah....
dan aku percaya bukan aku je yang merasa...

bersabar itu jawapan skema...tapi itu je la jawapan yang ada....wajau ape pun terjadi...jawapan skema yang takkan lari dari setiap perkara....

"tuhan mahu aku pelajari sesuatu dari perkara ini...tuhan nak ajar aku...tuhan masih mahu bimbing aku..." pujuk aku kepada aku....


teringat aku tentang ayat cinta ini...


"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (noor, 24:40)


semoga terus tabah...

No comments:

Post a Comment