Sunday, November 18, 2012

Jernihkah?

air..
ada yang sukakan bandung..
ada yang sukakan teh...
itulah gambaran dunia kini...

sedang yang jernih itu kurang diambil berat...

aplikasi pada hati...
sejernih apa hati kita?
bila kita mengatakan ikhlas kepada Allah..
kenapa ada hajat2 lain?
jernih kah jika begitu?
tuluskah jika begitu?


hidup....
bukan untuk makan..
bukan untuk perempuan..
bukan untuk mencari wang..
bukan untuk ada anak..
bukan untuk kenderaan..
bukan juga untuk kemewahan...

bukankah hidup dan matiku hanya untuk Allah?
sejernih apa ia?


"meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu...maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta" -OPICK-

****terasa menembak diri sendiri****

Monday, November 12, 2012

Dua atau satu.

Bismillah.

Assalamualaikum semua..(yang membaca..aku percaya tak ramai pun..lagi2 laman ni yang dah ditinggalkan sekian lama..hoho!)

yeah, aku dah lama tak menulis di blog ini atas sebab2 yang muncul seperti cendawan muncul selepas hujan!.. (maklum la..musim hujan~)

hmm..baru ni aku disapa oleh satu pengisian. tentang pemuda.. dan sapaan itu membuat aku terfikir saangat dalam.. kenapa aku perlu menghilang terus menerus?

pengisian itu menceritakan tentang ciri2 pemuda..ada 4 ciri seseorang itu kita akan kategorikan sebagai pemuda.
1. iman yang mendalam
2. semangat yang berkobar2
3. ikhlas dalam beramal
4. amal yang berterusan

ok, aku highlight pada no. 3.... Ikhlas..

bila berkata tentang ikhlas...ia pasti berkisar kepada Allah semata.. TAKKAN ADA KEDUA..

teringat pula hadis 1 dalam kitab "Hadis 40" karangan imam nawawi.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.  (HR al-Bukhari & Muslim)
 
dalam hadis ni, tercoret dalam sejarah tentang cerita muhaajir ummu Qais (seorang yang berhijrah dari makkah ke madinah kerana ingin mengahwini seseorang yang digelar ummu Qais)..
 
subhaanallah.. betapa halusnya ikhlas itu.. sehingga jika niat terpesong.. terus hilang nilai ikhlasnya..
 
ok, aku terasa tak mampu nak terang dengan baik dalam penulisan ni..maaf.. (buang masa korang yang baca jika ada yang merasa begitu)..
 
jujur aku tulis ni sebab sekian lama aku mencari jawapan..yang masih belum jelas lagi.. adakah aku hidup ini jujur, lurus, ikhlas, bening niatku hanya kerana Allah? atau.. ada yang aku hajati selain Allah.. jika ada.. adakah aku belum cukup lurus, jujur, ikhlas terhadap Allah?..
 
jika ada yang ingin berkongsi jawapan..boleh la kongsikan di comment bawah.. semoga ganjaran terbesar untuk mereka yang berkongsi datang dari Allah berupa sorga dan seisinya...ameen.

Dua atau Satu, adakah niatku jernih hanya untuk-Mu??
wallahu a'lam.. wassalam