Friday, July 27, 2012

PUASAKAH AKU??

بسم الله الرحمان الرحيم



"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(al-Baqarah,2: 183)

berlalu sudah 2 bulan blog ini sepi... sepi dari coretan sang supir yang entah kemana dia berkelana.. namun kini, di hari ke8 ramadhan, sang supir kembali memarkir keretanya di laman maya ini.

***cheawawawah***

orait, biar aku jelaskan kemana aku pergi dalam 1 perenggan.kemudian kita sembang ttg ayat yang berkaitan..ok?

sepanjang pemergian aku ini bukan la sebab aku berkelana sangat..tapi sebab aku xde laptop daa...jadi, tunggu punya tunggu..dapat jugak la laptop di dalam kesibukan belajar...dan almaklumlah jika dalam kesibukan belajar..masa itu diibaratkan Ringgit malaysia yang masih bersandar kepada emas...hehe..dan akhirnya aku cipta jugak masa untuk parkir di sini untuk membasahi hati yang kian lama kering..eh?

******************



sampai hari ni, alhamdulillah aku masih berpuasa...(bunyik macam orang baru nk belaja puase je..) hoho!..takde r..aku tak mampu jamin yang hari esok Allah masih nk aku  still atas jalan-Nya lagi atau tak..sebab tu aku cakap gaya tu..(okay~...sound scary!!)

jadi, secara ilmiyahnya, setiap perkara yang berlaku ada sebabnya..itulah sunnatullah (baca: ketetapan Allah) pada alam ini.. begitu jugak pada setiap arahan-arahan yang telah Allah Azza wa Jalla taklifkan kepada kita...sebagai hamba Dia...tapi takde la semua arahan tu kite tau sebabnya...melainkan apa yang Allah bgtau je la...contohnya, waktu solat.. kenapa kita solat zohor waktu tergelincir matahari?? kenapa asar pulak lepas bayang-bayang kita lebih panjang dari diri kita (atau dua kali ganda diri kita) baru boleh solat??? er... yang tu Allah dah tetapkan mcm tu tanpa memberi tahu kenapa..(kalo ada sapa2 yang baca ni tau sebab-sebabnya beserta dengan dalil yang naqli(quran n sunnah) leh la kongsi ye...), namun arahan itu semata-mata kerana untuk kita patuh sebagai hambanya...

dalam ayat yang aku kongsi kt atas ni, Allah mentaklifkan kt kite ni yang beriman (sahaja...yang tak terasa diri beriman tu...er...tolong pastikan balik iman anda.) untuk berpuasa. malah Allah jelaskan sebabnya. agar kita bertaqwa....taqwa...taqwa...taqwa..........taqwa......

ehem...kemana halatuju kite sembang ni?? haa..ke arah yang Allah saja yang tahu..(eh??)...eheh..jika kita berkata tentang taqwa, sang Umar al-Khattab pernah mengibaratkannya seperti berjalan di sebuah liring yang sempit dan penuh dengan duri... perumpamaan lain pula menyebut, seperti mencari semut hitam di atas batu yang hitam di tempat yang gelap gelita...(whoa!! bagaimanakah untuk mencari semut itu???) itulah yang menjadi persoalannya..hanya semut itu yang tau dia berada di mana.. dan hanya orang itu yang tahu bertapa dia melangkah berhati2 saat melalui jalan sempit berduri itu...dan pastinya, Allah jualah yang maha mengetahui segalanya.

begitu juga puasa..kita boleh berkata "aku sedang berpuasa"..namun, siapa yang tahu kita benar-benar puasa??? entah saat berhajat kita cuti2 berkumur..dan ehem... menelan setitis air kumuran itu... atau, kita mandi lama-lama sampai kembung perut kecut kulit dengan air..=,=...atau... ya, hanya pelakunya dan Tuhan saja yang tahu...seseorang itu benar2 puasa atau tidak...

itu baru kita sentuh tentang curi-curi minum atau makan tanpa penyetahuan manusia lain... bagaimana pula dengan curi-curi pandang perkara maksiat?? curi-curi dengar perkara maksiat?? curi-curi mengumpat dan lain-lain??? (er...sampai cmtu sekali ke??) mesti dipersoalkan perkara-perkara ini...kerana puasa kira adalah untuk mencari keampunan Allah dan rahmatNya, bukan menambah dosa dan murkaNya....sebab Rasulullah pernah mengaminkan 3 perkara saat baginda menaiki tangga tempat khutbah..dan salah satunya yang diaminkan adalah "rugilah (atau celakalah) bagi mereka yang apabila berlalunya ramadhan, namun mereka tidak mendapat pengampunan dari Allah."

hmm...renungi ayat ini..


Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(asy-Syams,91:8-10)

ayat ni menyatakan bahawa Allah mengilhamkan kita hanya 2 jalan...jalan ketaqwaan atau jalan kejahatan...tiada jalan tengah...maka, kalau kita buat baik dengan amalan2 yang dianjur..itulah jalan kejayaan yang membawa ketaqwaan..jika sebaliknya (tak buat apa-apa atau buat perkara yang dilarang) dirisaukan kitalah golongan yang rugi itu...na'u dzubillah min dzaalik!...

jadi, untuk ramadhan ini, pilih elok2 jalan yang nak kita tempuh...pastikan segala perilaku kita masih dalam lingkungan mereka2 yang berjalan di atas jalan ketaqwaan..bukan sebaliknya.. ingat!.. hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita niatkan kepada Allah..dan Allah akan nilai tindakan kita berdasarkan apa yang kita niatkan..

jika kerana ramadhan..dapatlah kita kerana ramadhan...

jika kerana kawan... dapat lah kita kawan...

jika kerana dakwah....dapat lah kita dakwah...

dan yang sebaiknya, kerana Allah....kerana, jika kita dapat Allah (redhaNya), Allah akan cukupkan kita keperluan kita di dunia mahupun Akhirat..
ameen ya robb..

akhir skali...aku nk ajak korang tanya balik diri sendiri..(sbb ini antara korang ngan Allah...)

PUASAKAH AKU????


No comments:

Post a Comment