Saturday, August 13, 2011

tsunami hati

arrgh!!!!!!!
ape dah jadi ngan aku ni???!!!
Allah...aku tak mampu tersenyum untuk menghadapi ini...
Allah...aku tak mampu melafazkan perit yang ada ini...
ia lebih sakit daripada sakit fizikal yang pernah aku rasa!!...

orang yang aku sayang dah ada depan mata..
tapi kenapa aku jadi benci?
selama ini aku tertunggu2 kepulangannya..
tapi kenapa sekarang ni aku ingin pergi jauh dari dia?
kenapa aku sakit bila aku bersama dia??
dia kan darah daging aku!
dia kan orang yang pertama aku lihat di dunia ini...
kenapa dengan aku ni!!!!!!

mata mereka melihat aku dengan pandangan yang jelek...
aku tau..aku dapat rasakannya..
umpama tak suka dengan kewujudan aku...
perbualan yang berlaku hanyalah sebuah perintah..
tak pernah kau tanya keadaan aku,..
apa yang kau pertahankan????
siapa aku sebenarnya di mata mu?????

dulu aku sangka kau kenal aku...
dulu aku sangka kau buat semua itu kerana kau tahu itu yang terbaik untuk aku..
hakikatnya..
benar kau cuba beri yang terbaik untuk aku..
tapi pernah kau dengar rintihan aku??
pernah kau tahu sengsara aku???
aku jadi mangsa keadaan kau dengan dia..
apa salah aku??
kengan gantung aku pada tali yang tegang yang kau dan dia bina!!!!..
aku terjerut di tengah2!!!

Allah...
kenapa insan ini membuat aku makin jauh dari engkau???
padahal engkau suruh aku taat dia...
aku perasan itu..
aku cuba nafikan..
tapi hakikatnya..
setiap kali dia bersama aku..aku ulangi kesalahan yang sama...
dan jika dia jauh dari aku..elok pula aku berjuang habis2an..

hina manakah aku ini???
aku tak tau kemana nk kongsi sengsara aku..
aku tak tahu di bahu siapa aku ingin bersandar...
aku tak tahu di telinga siapa aku perlu muntahkan sengsara aku...
aku tak tahu di pelukan siapa aku perlu untuk mengubati sengsara hati aku ini??
bukan aku ingin menduakan engkau ya Allah..
tapi....
aku tak tahu perkataan apa yang wajar untuk aku susun agar ianya menjadi suatu perkataan yang aku mampu fahami...

perasaan aku bergelora bagai tsunami...
hati aku berdarah2...
otak aku tak mampu menerima hakikat dunia lagi...
jari aku seperti tak boleh nk berhenti untuk menaip perasaan di blog yang usang ini..
aku ......
ah...
selamatkan aku Allah...
itu sahaja ayat yang mampu aku tutur..tulis, dan mampu aku fahami...
selamatkan aku...


No comments:

Post a Comment