Sunday, August 7, 2011

sepanjang ketiadaanmu..aku merenung

mama...
sepanjang kau tiada..
aku merasa kesepian..
kosong..zahir dan batinku hambar...
tiada pertelingkahan antara kita..
tiada nasihat darimu....
membuat aku terasa terlalu sunyi..

mama..
aku tak dapat nafikan yang aku tak suka cara kau..
aku tak dapat nafikan yang aku tak dapat nak ikut cakap kau...
tapi aku tak dapat nafikan jua..
yang aku sayang sangat kt kau..
aku tak dapat nafikan jua ...
yang aku sangat rindu kat kau..

mama..
aku tau aku derhaka..
aku tau aku sering buat kau sakit hati..
aku tau aku tak seberapa menyenangkan seperti abang2 yang lain..
tapi inilah aku..
jika suara kau tinggi..
suara aku lagi tinggi..
jika kau marah...
rungutku menjadi2..
jika kau menangis..
aku malas nak layan..
itulah aku, anak mama yang derhaka..
aku tak tau kenapa aku tulis cmni..
tapi aku cuma nak lepaskan rindu ni..

mama..
aku mintak maaf kerana aku nakal..
aku minta maaf kerana aku derhaka..
aku mintak maaf kerana aku tak dengar kata..

mama,
aku suka cara kau msg aku...
terasa perbezaannya berbanding kita bersua muka...
aku senang dengan msg2 kau saat kita berjauhan...
terasa sayang kau lebih dari yang biasa..
boleh ke kalau lepas ni kita berhubung dengan msg je??
boleh ke kalau lepas ni takyah kite guna bibit ini untuk berkomunikasi?
tagur aku dengan msg..
marah aku dengan msg..
aku suka ayat2 kau dalam msg..
boleh ke mama??
biar suara kau keluar untuk dakwah saja...
biar bibirmu bergerak untuk ceramah2 sahaja..

mama..
aku rindu nk peluk kau..
rindu nk menyebut "sayang kasih dan cinta mama"..
rindu nk dengar kau katakan "jaga mata jaga hati"...

mama...
dunia aku berbeza denganmu..
berbeza juga dengan dunia abang2...
aku berada di alam aku..
dialam yang mempersoalkan segalanya..
dialam yang ingin orang mengerti aku..
aku minta maaf kerana aku pentingkan diri..
aku minta maaf kerana aku langsung taknak memahami kau..

mama..
aku takut untuk berjanji dengan engkau..
tapi aku cuma kau tahu..
aku mempunyai impian yang besar..
dan tindakan aku akan aku lakukan sesuai (yang aku rasa sesuai) untuk mencapai impian itu..
aku suka berangan..
aku suka berkhayal...
tapi itulah modal aku untuk mencapai impian..

mama..
amil mintak maaf..
terutamanya di bulan ramadhan kareem ini...
semoga hayat mama di redhai olehNya...
sekian....

4 comments: