Saturday, August 6, 2011

antara fantasi dan rialiti...aku keliru...


bibir tersenyum...
mata terpejam..
hati menangis...
mengalir deras airmata hati ini..
benar ianya pahit. sepahit kopi di warung pak samad.

bibir ini tetap tersenyum...
mata mula basah...
umpama air mata air yang baru keluar dari tanah..
kebenaran itu memang begitu sifatnya...
menghakis kekotoran...di hati...
dan ia menyakitkan...tapi ia membersihkan..

aku tetap tersenyum..
menerima hakikat ini...
menerima yang bahawa aku telah melakukan kesalahan...
menerima yang hakikatnya aku perlu tinggalkan jalan ini...
menerima yang hakikatnya aku perlu kembali kepada NYA...

air mata berlinangan..
terkenang cerita kelmarin yang membuai aku ke dunia yang fana...
terbayang cerita fantasia yang sangat mengasyikkan..
terbayang ceria dongeng aku yang membawa aku terbang jauh dari menjejak realiti..

sungguh...
aku terpesong jauh sekali lagi..
hati ini merintih.....merayu,..
risau di hati ini kerana tak aku merasakan apa2...

sungguh ak buntu...benarkah jalan ini???
sungguh aku keliru..benarkah diri ini???

ya tuhan...jangan tinggalkan aku sendiri...



2 comments: