Thursday, August 25, 2011

I USE TO BE LIKE THIS


teringat kata2mu..

"jangan la doa nk dapat bala lagi.."

tapi seingat aku..
dari kecik aku mmg mcm ni..
musibah ngan aku itu sangat dekat..
and i use to be like this...

dari kecik..dari yang seingat aku..
aku dapat jahitan di dahi dan dagu serentak..
sebab aku terjatuh waktu main buaian..

lepas tu..
aku nye mata lak kena jahit ..
terjatuh dari lori sebab masa tu main gusti..
gerabak lori tu jadi gelanggang kami...

kemudian..
tangan kiri aku patah....
waktu darjah 3...
sebab main gelongsor di tempat pegang tangga..

lepas tu pulak..
eksiden moto yang pertama waktu form 2
hehe..sebab nk beli sarapan...

paling lama sekali time sakit patah tangan kanan..
5 tahun tangan aku tak pulih2..
bila pulih....
terus menerus lagi...

jari kaki terkoyak dan dapat jahitan..

appendix .....

dan yang terbaru...
semalam (25 ramadhan 1432)
muke aku kena simbah ngan air radiator...
haha..
berparut kat muka~!!!!
mmg terbaik..
tapi alhamdulillah aku mcm biasa..
tak kesah...

ujian Allah itu bergantung pada hambanya...
dan pasti kerana hambaNya mampu hadapi...
kerana itu..
i use to be like this...
ujian sakit bagi aku tak berat mana..
kerana bagi aku...
SAKIT ITU RAHMAT...
yang sering mendekatkan aku padaNya....
aku malah bersyukur...
kerana Allah masih memberi aku sakit..

ujian bagi aku adalah bilamana aku menghadapi kemewahan...
mewah harta...
mewah masa...
mewah keluarga...
mewah dunia...
sangat susah untuk mengatasi ujian kemewahan ini..
dan aku sering tersungkur kerananya...

bila begini..
teringat aku tentang kisah qarun yang ditelan bumi...
terkenang pula kisah firaun yang ditelan laut...
adakah aku akan seperti mereka???
na'uzubillah min dzalik...
aku mohon dari Allah supaya kita semua dijauhkan dari semua itu...




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (AL-BAQARAH,2:286)


semoga langkah ini masih terarah kepadaNya....
kerana kita bukan siapa2 tanpaNya....
i use to be like this...

because i want to be warrior of Allah

2 comments: