terasa sunyi..
pemergianmu membuatku buntu...
pemergianmu membuatku tak menentu..
aku tahu aku tak sepatutnya begini..
terasa buntu...
pemergianmu seharusnya memberiku inspirasi...
agar lebih dekat denganNya..
kerana sepanjang keberadaan kau denganku..
itulah yang sering kita lakukan..
terasa ganjil..
pemergianmu menduga keazamanku..
ternyata aku masih rapuh..
aku tak mampu hadapinya tanpamu...
namun aku tak mungkin mampu mengulangi waktu...
hanya mampu menunggu ..
sehingga waktu yang pasti..nanti..
lebaran berlalu...
namun aku masih merinduimu....
entah mengapa..
kehilanganmu membuatku hilang pendirian..
terlalu banyak perkara aku mahu lontarkan..
tetapi ianya hanya berterbangan di dalam mindaku..
aku tak mampu untuk menyusun kata2 itu dengan baik..
kerana aku memikirkan...
kapan kita bakal bertemu lagi??
mungkinkah kita bakal bertemu lagi??
dan mampukah aku bertemu denganmu lagi??
hina sungguh aku..
pemergianmu aku sia-siakan begitu saja..
mungkin kerana itu kau hanya seketika bersamaku..
kerana jika tidak..
pasti aku takkan merasakan betapa berharganya kau..
sampai kapan aku begini?
sampai kapan aku akan terus hilang arah lagi?
mentari bersembunyi di balik awan...
dan kemudian di balik dunia...
dan kemudian di balik rembulan..
dan tiap kali itu..
aku buntu...
umpama tiada cahaya lain yang mampu membuka mataku...
butakah aku?
tuli kah aku?
bisukah aku??
kenapa aku tak mampu melakukan tindakan??
adakah hatiku telah KAU tutup, butakan, dan bisukan ya Rabb?
aku tahu..
aku sedar..
aku mengerti..
tapi aku...tetap begini..
Tuhan..
aku hina diri aku sendiri dam aku akui...
aku patahkan sayapku sendiri dan aku akui..
aku biarkan diri ini mati dan aku akui..
aku akui..
aku akui...
yang aku HAMBAMU YANG HINA.
pemergiannya itu takdirMU..
dan aku...akan hadapinya dengan kudrat yang KAU pinjamkan...
pemergiannya itu..
akan ku jadikannya sebagai rahmatMU padaku~