Monday, September 12, 2011

langkah bermula

alam membisu..
enggan berbicara denganku..
langit tak bercahaya seperti biasa..
tebal kabus menghalang penglihatanku

aku turut membisu..
diam sediam alam kepadaku..
mencari jalan menggapai cahaya kembali..

namaMu aku sebut...
dengan Maha Pengasih MU..
dengan Maha Penyayang MU..
untuk aku melangkah lagi..
menghadapi ujian yang kau bakal beri..

dalam kediaman alam kepadaku..
aku melihat..
rezki yang terlimpah kepada dunia ini..
kepada penghuninya..
kepadaku..

tak terkira nikmatnya..
cahaya..
hujan,,
udara..
jasad..
dan segala bagai lagi..
segalanya untukku nikmati dan gunakan..
sebagai bukti kasih dan cintaMU padaku..

Allah..
All praised be only to YOU..
yang memberi nikmat ini..
yang mengeluarkan kegelapan kepada cahaya..
yang menggantikan malam kepada siang..
yang memberi aku nikmat..
melihat kembali..

Allah..
walau mentari bersembunyi di balik awan dan kabus..
aku tau..
kau pasti menyampaikan cahayanya kepadaku...
walau berhari2 aku tak bertemu matahari..
aku tahu cahayanya pasti tetap menerangi..
kerana itulah bukti cintaMU pada hamba..

maha Penyayang MU mengatasi segalanya.
namun syukurku tak seberapa..
Maha PengasihMU mengatasi tingginya lapisan atmosfera..
namun taubatku..
umpama bersembunyi di dalam lubang cacing..
amat sedikit..

perginya gelap malam membawa bersama bulan dan bintang..
yang menemaniku dikala gelap gelita..
membuatku tersenyum bula mana cahaya asli mentari menyapa aku kembali..
bukan lagi dari cahaya bulan yang palsu..
memantulkan cahaya mentari untuk kelihatan cantik..

tatkala gelap itu tiba..
aku takut..
apakah kiamat mendekatiku saat itu?
apakah maut akan menjemputku saan itu?
jika ya..celakalah aku..
kerana aku dalam kegelapan..
apa yang akan aku jawab dengan persoalanMU diakhirat kelak?
alasan apa yang akan kau terima?

oh tuhan..
saat mentari di pangkuan malam..
aku hanya mampu bersujud kepadamu..
saat mentari enggan lagi menemaniku..
aku hanya mampu bergantung harap hanya padamu..

tunjukkan aku jalanMU..
sinarkan aku cahayaMU..
cahayakan aku dengan sinarMU..
izinkan aku kembali ke pangkuanMU..
lindungi aku dari kegelapan malam..
jauhi aku dari kepekatan hati yang hitam..
utuhkan tanganku untuk bertaut pada talimu..
bersama sahabat-sahabatku...

dengan menyebut namaMU ya Allah..

aku melangkah LAGI...

(inspirasi al-fatihah)

(22:67)
LETS START THE ENGINE!!!

No comments:

Post a Comment