Sunday, July 10, 2011

kerana kau teman..sahabat.

saat itu..
aku tergelincir...
sakit. koyak2 baju aku.
terasa tak mampu aku untuk berdiri lagi..

saat itu...
mentari terbenam...
duniaku gelap. suram. kehilangan cahaya.
terasa tak mampu aku melangkah dalam kegelapan.

saat itu..
balang yang penuh dengan isi rasa ini pecah...
tak terkata kecewa aku. umpama taknak hidup. hilang motivasi.
terasa tiada makna dunia ini.

saat itu..
warasku hilang..
segalanya tak kena. jadi baik tak kena. jadi jahat pun tak kena.
terasa dunia ini aku sampahnya.

saat itu..
badai datang.
lintang pukang dunia ini. bercelaru. tak terkata cacamerbanya dunia.
terasa tiada harapan untuk aku keluar darinya.

namun...

kau hadir..

dengan senyuman..

dengan sapaan mesra...

sakitku kau ubati, bajuku kau jahit kembali, dan kau pinjamkan bahumu untukku kembali bangkit...

malah..gelapnya duniaku kau hadiri dengan obor yang menerangi perjalanan ini di waktu malam..

kau kutipkan kembali kepingan2 dari pecahan balang aku. kau susun kembali..kau baiki..kau isi kembali dengan perasaan yang manis dan indah.membuatku membuka mata kembali untuk meneruskan langkah..

dan kewarasan aku? kau bimbing sehingga aku bertemu kembali dengannya..

tatkala badai bertamu itu pula..kau di sisi..menemaniku mengharungi segala yang berlaku..

malah..berjuta lagi jasamu pada aku..

cuma secebis sahaja aku sebutkan..

yang cukup untuk aku mengucapkan perkataan ini..

"terima kasih teman..sahabat. kerana kau sudi menemaniku"...

bertemuku dan berpisahku denganmu..ku gantungkannya kepada yang Maha menyayangi..

kerana kau sahabat..kerana kau satu dalam seribu.

ku ucapkan terima kasihku...

semoga kekal hubungan ini ke dunia abadi...amen.



No comments:

Post a Comment