Friday, October 14, 2011

jalan keluar...LARI!!~

rumah baru!!
semenyih, taman pelangi....
alamat dirahsiakan..muahahaha..

sebenanye rumah sewa je...jangan nk accited sangat la mil~...hoho..yeah, rumah sewa, duduk ngan member2 notts...aku sorang je dak KUIS..haha..but, i feel life.. ade orang..tak macam rumah aku yang hampir sunyi..hehe...walaupn ade je orang jugak..

nak buat cmne..memang jauh beza la..rumah bujang dengan rumah orang2 yang dah kawen..sangat berbeza~..hoho..meh sini aku cuba bagi gambaran kat korang..

kat rumah aku, aku sorang je yang masih belajar..yang lain da kerja..so, suasana langsung tak membantu aku sangat untuk study...buat aku nak cari kerja ade la...haha..mane tak nye...tgk abang2 aku asek menukar2 gadget dorang..berpusing gak r mate aku tgk..haha...tu baru ujian yang sikit.. kes kedua nya pulak, abang2 aku semua da kawen..and dorang tinggal sebumbung ngan aku..so, hari2 la aku kena tgk drama@wayang dorang...jeles ade..menyampah pn ade..tapi nk wat cane kan..dorang da HALAL untuk buat semua tu...so, aku pn kena la banyak puasa, bersabar, dan buat tak tau..so, last2 aku asek la mengurung je dalam bilik aku sorang2..haha..kesannye...mak aku mengamuk la!~~hoho!.. and beberapa kes yang aku tak tahan lagi kat rumah aku..so, aku pun cari alternatif untuk solve the problem...haha..

cari punye cari solusi, dapat la buku solusi..dapat la 1 jalan yang aku rasa okay la...waktu tu, aku sembang2 ngan mmbe aku, dye cakap nk pindah rumah and cari housemate untuk share sewa rumah tu.. aku pn ape lagi, terus register untuk jadi penghuni sekali la...haha..tapi aku menghuni tak sepenuh masa la..aku cakap, bila aku rasa nak duduk je aku duduk...hehe..kire tempat persinggahan untuk ber'uzlah la ni..semoga..dan, alhamdulillah, mmbe aku setuju..:)...nott ngan KUIS takde la jauh sangat..lagi2 ngan moto aku tu..hehe..

oh, lupe nak bgtau ape yang beza kat rumah bujang ni... the pint is DnT je... kat rumah bujang, mmbe2 baya aku..dorang nye style tak jauh beza sangat ngan aku..so, aku tenang mcm ni..lagi, kelua makan same2..solat same2... tgk movie same2...main guitar...yang ni biasenye sorang2..haha..kalau kt rumah aku, xleh main guitar..mau kena cepuk ngan mak aku...LOL...so, yang penting sekali aku highlight adalah, DnT aku terjaga...walaupn dorang takde la ingatkan aku buat itu dan ini..tapi atleast aku tgk dorang..buat aku ingat apa aku kena buat..hehe..insyaAllah...nak MUJAHADAH ni bukan senang..

itulahnye...last2 aku merantau untuk menjadi worrior..ops..merantau ke pelangi..hehe..
doakan aku untuk terus tsabat dalam DnT....

***the end of story***

sambungan...hoho~
mcm tu la hidup..kadang mudah, kadang susah...
kadang diatas, kadang dibawah.
tapi untuk terus maju keatas...
untuk terus menerus menggapai impian...
apa yang penting..MUJAHADAH!. copy ayat encik gabbana

haha..sebab..itu la ape yang Allah nak tgk kan..
seperti firman YANG MAHA MELIHAT:



Malay
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
 perkataan yang aku underline tu..dalam bahasa arab di gelar sebagai mujahadah..
bukan mudah...tapi itu la ape yang Allah S.W.T nak..kan?
again aku ingatkan..dalam dunia ni, mmg susah..sebab ini dunia, bukan syurga....
kalau kau rasa kau susah, bersyukurlah..dan bermujahadahlan...
semoga Allah menerima usaha kita..


dah la..thats all for now..
sekian.wassalam..


p/s: syaitan pun mujahadah untuk melalaikan kite..takkan kite kalah ngan syaitan kot.. renung2kan..tapi jangan termenung lame sangat..nanti terkena jerat setan lak..:)..all the best..wassalam


Thursday, October 13, 2011

bukankah hati kita telah lama menyatu?

tersenyum melihat gelagat alam..
yang bertelagah menja sesama mereka..
angin bertiup, mengguncang pokok..
buah pun terjatuh menjadi rezeki kepada kehidupan..
atau, terbiar dan menjadi pokok lain suatu masa nanti..
awan yang berarak menggendong hujan..
sampai waktu, tempat dan destinasi, hujan di turunkan..
membawa makanan, lembapan dan kesegaran...
yang di iringi side effect kesedihan, kesuraman, dan kebahagiaan yang sering manusia gambarkan tentang hujan...
hehe..indahnya persahabatan antara alam..

yup!..PERSAHABATAN~..
mereka saling melengkapi...
mereka saling menyayangi..
mereka saling memerlukan sesama mereka...
padahal, mereka langsung tak sama..
dari sudut jenis, bentuk, dan kehidupan..
tapi persahabatan mereka sangat indah..

yeah..
umpama merealisasikan ikatan persahabatan kerana Allah..
umpama tunduk dengan perintah Allah untuk berdamai antara sahabat..
seperti yang Allah firmankan:



Malay
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
dan di susuli dengan ayat ke 13


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
hmm..yup..mereka bersatu..
walaupun mereka tak sama jenis..
walaupun mereka tak sama bentuk...
kerana apa??ketaatan mereka kepada Allah..
hehe..mereka di ciptakan untuk taat kepada Allah..
itu je punce nye..
tapi ..... Allah ciptakan mereka...
Allah jadikan kesinambungan antara mereka..
bukan lah sia2...kan??
kewujudan mereka... hubungan yang indah antara mereka...persahabatan yang terjalin antara mereka..
adalah untuk menjadi contoh kepada kita..
bukan untuk tatapan semata..
kemudian, orang2 yang cerdik akan berkata..

"ya tuhan kami, tidaklah kau jadikan semua ini dengan sia2..maha suci engkau, peliharalah kami dari api neraka"

itu la kata2 mereka yang bijak..
aku tak reka ni tau!~~ada dalam quran...:)
ayat ni korang cari sendiri..ok? hehehe..

ok, berbalik pada persahabatan..
itulah yang di impikan oleh manusia..
seorang sahabat, teman setia, pendamping, atau yang senama dengannya...
hehe, tapi, jarang manusia mendapatkannya..
maksudnye, seindah persahabatan alam yang aku cerita tadi..hehe..

mungkin kerana kita lupa beberapa perkara...
jom main teka teki...hoho..
tapi, aku tanya, aku gak yang jawab..hoho!!
(teka teki ke namanya kalau cmtu??"=,=)

soalan pertama.....
apa yang mengikat kita untuk kita menjadi sahabat??

soalan kedua...
untuk apa kita bersahabat???

soalan ketiga...
apa itu sahabat!!?

.......

aku rasa macam kena jawab dari nombor tiga, pastu baru yang kedua, then last baru yang pertama..
but its ok..
so, jom kite jawab!~...oh, maksud aku, meh aku jawab..hehe...

so, sebelum panjang lebar ngan jawapan kepala otak dan aqal....
kite cari jawaban dari sang PENCINTA....yang MENCIPTA perkara yang dinamakan SAHABAT
...so, ape kateNYE???ops...firman Nya dalam beberapa surah...berkaitan ngan sahabat~~:

lets check it out:-




Malay
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (QS. 3: 103)
Malay
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).           (QS. 43: 67)


Malay
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS. 8: 63)

okay...now, let see...
soalan ketiga, apa tu  sahabat?

hmmm...dalam surah ali imran di atas menerangkan, sahabat ni nikmat dari Allah.. kirenye, ia bukan sesuatu yang kita rancang pun biasenye..sebab, kalau kita rancang untuk bersahabat ngan seseorang..mesti dengan tujuan...hmm, dan bile tujuan tu kita tak dapat, sure kite cari sahabat lain.. dan aku tak rasa itu yang dikatakan sahabat...hehe..

kalau tak, takkan Allah berfirman yang maksudnye cmni:

"dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara" (QS 3:103)


so, persahabatan tu adalah persaudaraan yang berlandaskan keterikatan hati antara kita.. kerana Allah...sebabnye? Allah yang menyatukan... u will know when u feel it by yourself ma~~hoho..

so, soalan kedua, untuk apa kita bersahabat?

memenuhi fitrah..sebab kita tak mungkin hidup sorang2...buat kerja sorang2...
so, untuk apa kita bersahabat? sedar tak sedar, itu la yang Allah S.W.T dah tetapkan, sebabnye, memang kite perlukan sahabat. dan ia umpama arahan dari Allah untuk bersahabat...
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai" (QS 3:103)
again, surah yang sama..berpegang teguh, jangan berpecah...
mana mungkin perkara ini berlaku jika tiada ikatan yang kuat antara kita..
dan tak mungkin juga kida mampu menyatukan hati kita dengan kita membayar atau memaksanya... kerana ia adalah nikmat dari Allah..bukan ciptaan manusia...

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS. 8: 63)
hmm..yup...ia bukan perkara yang mampu dibeli... kalau mampu pun, lambat laun, ianya akan pudar, hancur, berkecai...jika tak bersandarkan dasar yang benar...yaitu, dasar ketaqwaan...

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).           (QS. 43: 67)
dan itulah jawapan untuk soalan pertama...apa yang mengikat persahabatan kita???

jika persahabatan kita berlandaskan kecantikan, keelokan paras rupa, maka, bila keelokan itu Allah tarik, kau akan tiada alasan lagi untuk bersahabat, malah engkau akan rasa jelek untuk bersahabat dengannya..

jika engkau bersahabat atas dasar pangkat dan kerja...maka, jika ada partelingkahan, hubungan persahabatan itu akan goyah...umpama tsunami melanda....

jika sahabat itu kerana wang ringgit, jika dia bankrut, kau sudah tak memerlukan dia, bahkan kau akan terbeban dengannya..

tapi...jika ia berasaskan taqwa, kau takkan melihatnya dari apa yang dia ada...tapi kau akan terimanya seadanya..jika engkau melihatnya dalam kesusahan, kau bantunya dengan senang hati...bahkan kau tak merasakan dia sebagai bebanan...nikmat inilah yang Allah telah gambarkan pada kisah para sahabat r.a..dan gambaran ini juga lah yang kita dapat lihat dalam ikatan keakraban antara alam..

so, i think, that is it..semoga korang dapat manfaat yang baik untuk dikadikan garis panduan..
mungkin ramai dah yang tulis enteri mcm ni..tapi, aku cuma mahu berkongsi.. okay?

sekian..wassalamu alaikum w.b.t

p/s: aku tulis ni sebab nak berkongsi apa itu ukhuwah dalam islam..punca aku nak tulis, pg tadi aku dapat msg yang ade junior aku ada masalah dalam persahabatannya..hmm..then aku teringat lagu ni...

so, aku pun teringat la ape yang dah aku imani tentang persahabatan..sumber tulisan aku--> alam, aqal,dan MT...ofcz la yang utama adalah quran sunnah..ok..chill out..wassalam


~~bukankah hati kita telah lama menyatu, dalam tali kisah persahabatan ilahi~~




Tuesday, October 11, 2011

JIKA KAU....

jika kau matahari.. aku memohon pada tuhan untuk menjadi bulan..
jika kau laut, aku memohon pada tuhan untuk menjadi garam..
jika kau awan, aku memohon pada tuhan untuk menjadi angin..
jika kau siang, aku mohon pada tuhan untuk menjadi cahaya..
jika kau malam, aku mohon pada tuhan untuk menjadi bintang...

aku bukan siapa2 tanpa mu..kerana itu, aku memohon pada tuhan untuk menjadi bukti kebenaranmu...duhai Islam..

p/s: mengarut di malam buta tatkala tak ngantuk..jangan jiwang sangat...aku merepek untuk diri aku..peringat kt diri je..yang aku orang islam..hoho..sekian..wassalam


Monday, October 10, 2011

happy itu mimpi..yang nyata adalah derita...

dunia ini tempat manusia di uji..
namun ada yang menganggapnya syurga..

aku tak menganggap dunia ini apa2 melainkan playground...
hmm..
tapi.. jika tiada kawan, bosan rasa playground ni...
aku bermain sorang2..
aku jatuh sorang2..
aku ketawa sorang2..
mcm orang gila je...
tapi itu la hakikat perumpamaan tu..
ada hari, kawan datang..menemani..
mula2 biase la, janggal..so, need time to know each other..
tapi bile da kenal...da rapat, parent dye suruh balik..haish..
biase la tu..
so, aku kt playground ni sorang2 balik..
aku tak balik rumah sebab takde sape pn kat rumah..
so, aku teruskan permainan aku...walaupun sorang...
the end for the "perumpamaan"...
hoho..

just nk kongsi kat sini..
manusia sering menginginkan kebahagiaan...
kadang2 sampai menangis2, sebab tak dapat "kebahagiaan" yang di inginkan...
entah apa yang die tangiskan tah,..
padahal dunia ni penuh dengan kesengsaraan..
dan aku suka dengan itu..
itu la hakikat kehidupan kan??lagi2 kat dunia..
hmm.manusia sering lupa..
dunia ni, mungkin kebahagiaan tu cuma 1 peratus dalam hidup..
yang lain adalah derita...itu la hakikat..jika kau beriman..
beruntunglah kerana derita itu melanda anda..dan jangan kau terpedaya dengan derita..
kerana, macam yang Allah firman dalam quran la...


yang maksud die:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
lepas tu Allah berfirman lak:

yang maksudnye:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
hmm..yup, orang terdahulu rasa lagi sakit..
aku tak rasa lagi derita dorang..
hmm, aku takut aku tak layak..
dan ayat ke dua tu lak, pasal berjuang bersungguh2..
kalau nak banding aku ngan orang dulu2..
aku still rasa aku tak layak lagi..
haish.. derita orang dulu.....
bukan aku minta aku merasa..
kerana aku mengimani...yang Allah tau aku tak layak untuk rasa derita dorang..
sebab???

AKU TAK MAMPU....

Allah sayang kite..dye bagi ikut kemampuan macam yang Allah firman dalan ayat terakhir surah baqarah..nk tau ayat tu, korang cari quran terjemahan, pastu baca...ok??takkan aku je yang carik..hehe..

so, balik pada topik..
itu la hakikat kehidupan..
hidup ini penuh dengan derita...bukan bahagia..
tapi berbahagialah orang yang menderita..:).dan beriman..
kerana kau sedang di uji..:)...

so, bahagia itu mimpi...yang akan terlaksana di syurga..
dan derita itu realiti...kerana kita masin berpijak di BUMI yang nyata...
wallahu a'lam..sekadar beringat kt raja yang paling dekat ngan aku..:)..

oh, selit cerita sikit..
aku pernah mimpi...biase la..bahagia tu kan mimpi..haha..
dalam mimpi tu, aku di datangi bidadari..yang best..aku tak nampak muke die..
so, sepanjang mimpi tu..aku sembang panjang giler...sampai la the end die cakap die benci aku..haha..
aku termangu..tapi aku tersenyum..
lol..maknenye mimpi da nak tamat!!!!hohoo...
but in the last word..she said..."tolong benci aku...sampai la jika penentuannya kita bertemu di alam nyata"...
LOL..
bidadari di alam nyata???
wujud ke??haha..
in your dream bebeh!~..

dan bile aku terjaga..aku tersenyum..sebab............

derita kehidupan dah muncul...hohoho..aku berpijak balik di bumi nyata la beb..hehe..
sekadar kongsi cerita yang berkaitan je...:P..
ok bebeh...roger and out...
sekian..wassalam..

p/s: luaskan skop derita tu ye..jangan kecilkan kepada "kesakitan fizikal" je..:)


BAHAGIA ITU AKAN DI CAPAI DENGAN DERITA(usaha)


Sunday, October 9, 2011

BUKAN UNTUK AKU

air mata mengalir lagi..lagi dan lagi..
-di depan aku terlalu banyak fatamorgana2 yang membuatku cemburu..
realiti aku tak seperti itu...
umpama mimpi dalam jaga..
umpama angau dalam tidur...
dan aku terus berhajat dan berhajat..
agar aku membina fatamorgana yang sering aku lihat..
akan ku cuba sedaya upaya, sehingga ke liang lahat..
aku akan jadikan fatamorgana menjadi nyata..
mimpi menjadi realiti,
angau menjadi pasti...

bukan untuk aku...
tapi untuk generasiku...

semoga kau maju dan maju...

Friday, October 7, 2011

UMPAMA BERDIRI DI TENGAH PADANG LALANG

jumaat, 2.44 pm...
aku berada di bilik..sunyi, sendiri..
mereka semua sudah tiada..
mama, pergi mesir..ada kerjanya...yang bukan urusanku untuk mengetahui kerjanya...itu katanya..
abang along ppun bersama mama..
abg angah, nun jauh di kelantan bersama keluarganya...hijrahnya suatu masa dahulu menetapkannya di sana..
alang, keluar bekerja, begitu juga isterinya..
uda, dah lama tak pulang...menjaga isterinya yang pantang..anak sulung..
hehe..aku tersenyum sendiri..

petir di luar rumah bersambung2..melahirkan cahaya yang menyilaukan..
umpama lampu ingin terpasang..
guruh pula, menurut...garau bunyinya..menggegarkan jantung aku yang sunyi di kamar yang hening..
langit menangis, entah mengapa..mungkin ada yang bepergian meninggalkan alam ini..
mungkin ada yang terpisah meninggalkan keluarga yang tercinta..
mungkin juga ada yang ketandusan memerlukan air...untuk meneruskan hidup..
itulah biasanya signifikasi tatkala hujan turun, membasahi bumi..kesedihan, keharuan, dan kesuraman...
namun bagi aku, hujan kali ini penghalang bagiku untuk lari dari rumah yang sunyi ini..
entah lah..mungkin DIA ingin melatih kesabaran aku...
mungkin...ahh~~, jika ingin dihuraikan kemungkinan, manusia bisa saja menghuraikan sejuta kemungkinan..walaupun kadang2 tak dapat di terima akal...tapi itulah kemungkinan..tak semestinya realiti..kan?

angin bertiup kuat...menggoncang pepohon di luar sana..
alhamdulillah, akar mereka masih utuh...foundation mereka kuat..
bergoncang sekuat mana pun, mereka masih berdiri tegak..
di banding dengan manusia...oh, jauh sekali...memandangkan akar manusia sangatlah rapuh,
tunjang mereka sangatlah ketandusan...
entahlah..kasihan..

entah kenapa, aku kurang tertarik dengan apa yang berlaku..
keluarga aku jauh, dan aku sangat bersyukur..
aku lebih suka bersendirian, jauh dari keluarga..
melihat dan mentafsir dunia dengan mata dan pemikiranku..
tanpa dibatasi adat dan halangan keluarga..
itu aku..

berdiri ti tengah lalang..itulah tema aku jika aku berkata2 tentang keluarga..
aku bersendiri.. abang2 aku lain ayah...
sering aku dibanding2kan...dengan pertanyaan "anak sape la ni??"
soalan gurauan yang sering menusuk katana ke jantungku....
ya...aku berbeda dengan kau..aku anak dia, bukan anak ayah kau..
itu kata hati aku..di bibir, terus senyum...senyum..dan senyum...
meraikan gurauan mereka..
itu keluarga aku yang sama ibu tapi lain ayah...

di sebelah ayah aku pula??
adik beradik aku kebanyakannya perempuan..
ayah aku kawen 3, tapi isteri ke2 dah di ceraikan..dan itulah ibuku..hehe...(senyum tak kesah)
isteri pertama ayah aku, ada 6 orang anak..semua perempuan kecuali yang sulung dan bongsu..
mereka rapat dengan aku..yea, aku senang dengan mereka..
walaupn masing2 ada penyakit masing2 (bad habit)..tapi aku tak kesah..
hmm...mungkin sebab aku tak duduk sebumbung dengan mereka...
mungkin sebab aku jarang jumpa mereka..
mungkin...mungkin...yang aku tahu, Allah mencampakkan kesenangan di hati aku bile berhubung dengan mereka...walaupn ketika mereka sedang sakit...
dan isteri ke 3 ayah aku pula ada 4 orang anak..
2laki dan 2 pmpwn..
adek2 aku...yang sangat aku sayang..tapi sayang2 pun, aku jarang gile kot jumpe...
huuuh, apekan daya..hoho..duduk berjauhan...tapi, tetap aku senang dengan mereka..
cuma, yeah, jauh....tak dapat bersama..kadang2 jmpe dorang time dorang tidur...then aku dah kena bla...hehe..time2 cmtu biasenye aku cuma mampu tinggalkan pelukan sayang aku kt dorang je la,..
huhu..thats my siblings...yeah..complicated..
hmm.tapi dalam senang2 yang aku rasa, ada peritnya,
isteri pertama dan ketiga ayah aku tak boleh bertemu..
time raye la selalu jadi konflik...aku tak nak cerita, sebab aku tak pernah raya ngan ayah aku..
hehe, almaklum, aku tinggal dengan mak aku..

yeah, aku anak tunggal..
yang menghubungkan antara 2 keluarga besar..
keluarga mak aku, dan keluarga ayah aku..
sekarang, mereka mcm 2 pulau di tengah2 laut, dan aku jambatannya..
entah la..
di sana aku terasa sakit, dan di sini aku terasa bersalah..

itulah hidup..dan aku percaya...mereka yang di luar sana pn ada kesukaran masing2...
umpama berdiri di tengah lalang..ke kanan akan terluka, ke kiri akan tercalar, kedepan tersengar, dan mundur kau akan terjerat..

hakikatnya...kita kena terus melangkah..meninggalkan kawasan padang lalang..
kerana senja tak lama lagi menjelang..
takkan aku siakan usiaku terbuang..
terus melangkah meninggalkan padang lalang..
menuju medan juang..
yang menjanjikan sebuah kasih sayang..
di syurga yang tiada penghujung..

aku percaya bukan aku sahaja yang di tengah2 padang lalang..


p/s: saje tulis untuk korang kenal latar belakang penulis, dan tau kenapa penulis suka mengambil pendekatan yang selalu penulis gunakan...hehe..harap takde salah paham..aku pun manusia, seperti sahabat2 nabi, cuma aku tak pernah jumpa nabi...:)

Thursday, October 6, 2011

LET IT BE

why you need to be like the others?
just be yourself..because you are not a robot..

kadang2, aku tersentak melihat keluarga orang lain..
ada mak..
ada ayah..
ada kasih sayang..
ada abang2 yang care...
ade adik2 yang nakal...
aku tak pernah ada..aku tak pernah rasa..

hmm..
tapi bukan bermakna aku perlukan itu..
yang aku perlu adalah untuk membinanya..
jadikannya suatu kenyataan..
its ok to be different..
its not a crime...
but it is crime if u judge that is crime..

just be your self..
dont make the past harm you..
keep moving forward..

its okay if i do not have a good mother...
its okay if i do not have a good father...
its okay if i do not have good siblings either...
its okay if i do not feel what the others feel..
yeah..its okay...

i am still who i am..
what i need is,
be a good parent..
be a good sibling...
be a good friend..
be a good self..
be a MUSLIM..
yeah...that is what i need to do..need to be..

think about the future..
walk what you talk..
this is the first and last chance of life...
as you are still alive...
you still have a chance..
=,=..
dont waste the time...

owh..
the key is...
PATIENT...great full..and keep smiling...
move forward..

(i dont know what im writing...kata2 semangat untuk diri???hou~..mungkin...just be an extra ordinary person..you are different..so what??let it be..)



dont u ever feel ugly if u different..


thats all..assalamualaikum..