Friday, October 7, 2011

UMPAMA BERDIRI DI TENGAH PADANG LALANG

jumaat, 2.44 pm...
aku berada di bilik..sunyi, sendiri..
mereka semua sudah tiada..
mama, pergi mesir..ada kerjanya...yang bukan urusanku untuk mengetahui kerjanya...itu katanya..
abang along ppun bersama mama..
abg angah, nun jauh di kelantan bersama keluarganya...hijrahnya suatu masa dahulu menetapkannya di sana..
alang, keluar bekerja, begitu juga isterinya..
uda, dah lama tak pulang...menjaga isterinya yang pantang..anak sulung..
hehe..aku tersenyum sendiri..

petir di luar rumah bersambung2..melahirkan cahaya yang menyilaukan..
umpama lampu ingin terpasang..
guruh pula, menurut...garau bunyinya..menggegarkan jantung aku yang sunyi di kamar yang hening..
langit menangis, entah mengapa..mungkin ada yang bepergian meninggalkan alam ini..
mungkin ada yang terpisah meninggalkan keluarga yang tercinta..
mungkin juga ada yang ketandusan memerlukan air...untuk meneruskan hidup..
itulah biasanya signifikasi tatkala hujan turun, membasahi bumi..kesedihan, keharuan, dan kesuraman...
namun bagi aku, hujan kali ini penghalang bagiku untuk lari dari rumah yang sunyi ini..
entah lah..mungkin DIA ingin melatih kesabaran aku...
mungkin...ahh~~, jika ingin dihuraikan kemungkinan, manusia bisa saja menghuraikan sejuta kemungkinan..walaupun kadang2 tak dapat di terima akal...tapi itulah kemungkinan..tak semestinya realiti..kan?

angin bertiup kuat...menggoncang pepohon di luar sana..
alhamdulillah, akar mereka masih utuh...foundation mereka kuat..
bergoncang sekuat mana pun, mereka masih berdiri tegak..
di banding dengan manusia...oh, jauh sekali...memandangkan akar manusia sangatlah rapuh,
tunjang mereka sangatlah ketandusan...
entahlah..kasihan..

entah kenapa, aku kurang tertarik dengan apa yang berlaku..
keluarga aku jauh, dan aku sangat bersyukur..
aku lebih suka bersendirian, jauh dari keluarga..
melihat dan mentafsir dunia dengan mata dan pemikiranku..
tanpa dibatasi adat dan halangan keluarga..
itu aku..

berdiri ti tengah lalang..itulah tema aku jika aku berkata2 tentang keluarga..
aku bersendiri.. abang2 aku lain ayah...
sering aku dibanding2kan...dengan pertanyaan "anak sape la ni??"
soalan gurauan yang sering menusuk katana ke jantungku....
ya...aku berbeda dengan kau..aku anak dia, bukan anak ayah kau..
itu kata hati aku..di bibir, terus senyum...senyum..dan senyum...
meraikan gurauan mereka..
itu keluarga aku yang sama ibu tapi lain ayah...

di sebelah ayah aku pula??
adik beradik aku kebanyakannya perempuan..
ayah aku kawen 3, tapi isteri ke2 dah di ceraikan..dan itulah ibuku..hehe...(senyum tak kesah)
isteri pertama ayah aku, ada 6 orang anak..semua perempuan kecuali yang sulung dan bongsu..
mereka rapat dengan aku..yea, aku senang dengan mereka..
walaupn masing2 ada penyakit masing2 (bad habit)..tapi aku tak kesah..
hmm...mungkin sebab aku tak duduk sebumbung dengan mereka...
mungkin sebab aku jarang jumpa mereka..
mungkin...mungkin...yang aku tahu, Allah mencampakkan kesenangan di hati aku bile berhubung dengan mereka...walaupn ketika mereka sedang sakit...
dan isteri ke 3 ayah aku pula ada 4 orang anak..
2laki dan 2 pmpwn..
adek2 aku...yang sangat aku sayang..tapi sayang2 pun, aku jarang gile kot jumpe...
huuuh, apekan daya..hoho..duduk berjauhan...tapi, tetap aku senang dengan mereka..
cuma, yeah, jauh....tak dapat bersama..kadang2 jmpe dorang time dorang tidur...then aku dah kena bla...hehe..time2 cmtu biasenye aku cuma mampu tinggalkan pelukan sayang aku kt dorang je la,..
huhu..thats my siblings...yeah..complicated..
hmm.tapi dalam senang2 yang aku rasa, ada peritnya,
isteri pertama dan ketiga ayah aku tak boleh bertemu..
time raye la selalu jadi konflik...aku tak nak cerita, sebab aku tak pernah raya ngan ayah aku..
hehe, almaklum, aku tinggal dengan mak aku..

yeah, aku anak tunggal..
yang menghubungkan antara 2 keluarga besar..
keluarga mak aku, dan keluarga ayah aku..
sekarang, mereka mcm 2 pulau di tengah2 laut, dan aku jambatannya..
entah la..
di sana aku terasa sakit, dan di sini aku terasa bersalah..

itulah hidup..dan aku percaya...mereka yang di luar sana pn ada kesukaran masing2...
umpama berdiri di tengah lalang..ke kanan akan terluka, ke kiri akan tercalar, kedepan tersengar, dan mundur kau akan terjerat..

hakikatnya...kita kena terus melangkah..meninggalkan kawasan padang lalang..
kerana senja tak lama lagi menjelang..
takkan aku siakan usiaku terbuang..
terus melangkah meninggalkan padang lalang..
menuju medan juang..
yang menjanjikan sebuah kasih sayang..
di syurga yang tiada penghujung..

aku percaya bukan aku sahaja yang di tengah2 padang lalang..


p/s: saje tulis untuk korang kenal latar belakang penulis, dan tau kenapa penulis suka mengambil pendekatan yang selalu penulis gunakan...hehe..harap takde salah paham..aku pun manusia, seperti sahabat2 nabi, cuma aku tak pernah jumpa nabi...:)

1 comment:

  1. lembar putih yang dihiasi warna-warni,
    nakkan hijau daun,
    nakkan biru langit,
    tetap aje perlukan kelabu untuk bayang.
    untuk menceritakan letak duduk pohon,
    hendak mencerita suasana mungkin mendung datang.

    kelabu itu dilihatkan hambar,
    gelarannya juga "tahik anjing".. kan?
    kelabu tahik anjing...
    tapi,fenomenanya warna hambar itu tetap ada peranan.. peranan dalam lukisan.
    peranan dalam lukisan realiti sebuah hidup?...

    yang kelabu itu dibiarkan..
    biarkan kelabu aje...
    tapi kita tambahkan warna warni lain pada lukisan kita, tapi pergunakan kelabu untuk mencipta suasana terindah.

    lukisan hidup kita.'
    lukiskan bermula dengan lembar putih.
    iaitu fitrah.... sabar.

    ReplyDelete