Tuesday, August 9, 2011

mencari jalan...(sebuah cerita minda...bukan poem..)


semuanya berantakan..
semuanya mati..
aku seolah2 terpinga2 dengan keputusan sendiri..
(gelakkan diri sendiri)
***

hari2 ku berantakan...
entah apa jadi pada diri ini...
sukar untuk menerima kebaikan?
mungkin....
sukar untuk menerima perubahan?
mungkin...
qiam aku entah kemana....
sedeqah aku menyusut kurang...
amal2 aku umpama terhenti..
bagaikan qiamat di bulan ramadhan????
entah la..
tapi aku terasa mcm tu la...
macam segala amalan aku terhenti mendadak..
mungkin buffering untuk menerima maklumat tentang perubahan cuaca hati..
mungkin la...

in the end...aku hanya mampu tersenyum mati...
dan mengatakan "mungkin"..
kerana semua itu bukanlah suatu yang pasti...

terlintas aku untuk memikirkan...
kalau semua itu tak pasti...
jadi, apa perkara yang pasti????


****muhasabah diri kejap****

oh..
baru aku sedar..
selama ini yang pastinya langkah aku salah...
selama ini yang pastinya matlamat aku samar...
selama ini yang pastinya tujuan aku tersasar...

aku melangkah beribadah dan berbuat baik...
untuk Allah..tapi ada yang perantaraan..
aku mematlamatkan hidup ini untuk Allah..
tapi ada perantara diantara untuk sampai ke matlamat itu...

dak akhirnya itulah yang pasti...
aku menduakan Tuhan aku...
itulah yang pasti...
aku mengurangkan dos cinta aku...
dan memberi ruang kepada jahiliyyah untuk mengisi ruang yang aku kosongkan itu..

alahai hinanye aku..
itulah yang pasti...
AKU KEHILANGAN DOS CINTA TUHAN AKU....

***berfikir sejenak untuk bertindak***

so..............
(aqil):ape kite nak buat mil??
(amil): kau rasa?
(aqil): hmm...agak2 Allah kite nk buat ape???
(amil): kau rasa?
(aqil): zaman sahabat dulu, time dorang kena musibah dorang buat ape ye???
(amil): kau tak tau ke kau lupe qil???
(aqil): aku nk ko ingatkan aku la.....bukan lupe...
(amil): ok...we will try...

**************decided**********************

rujuk balik sirah...
tengok balik sahabat2 dan tabi'ien..
jangan ko nk mandai2 buat jalan sendiri...

so....
ape yang derang buat...????
betulkan aqidah ko yang tersasar tu...
betulkan pergantungan yang terlepas tu...
betulkan tujuan yang terhijab tu...

dorang cuma bergantung pada Allah..
dorang cuma berlindung pada Allah...
dorang cuma berserah bulat2 pada Allah...
dorang cuma ada Allah dan rasul di hati....

hasil yang dorang dapat....????
dorang takde masa berfoya2 dengan bende yang ko berfoya2 sekarang..
dorang takde masalah nk bertindak kerana matlamat dah jelas...
dorang takde masalah hati untuk diperbesar2kan...

yang dorang fokus......
REDHA ALLAH....walau manusia murka
yang dorang abaikan..
REDHA MANUSIA....jika Allah murka....

(aqil): hmm..itu je ke???

(amil): "je" ko cakap???xcukup ke??

(aqil): takde r...saje tanye..nk pastikan...huhu

(amil): tah...tanye r pembace..kot2 ade nak tambah n bg cadangan...?

(aqil): hmm..yup...silekan ye pembaca..hehe....

******
the end...

back to Allah...
back to way of Rasulullah...
back to the quran and sunnah...
back to islam...
you will be ok insyaAllah...

!@#$%^&*()_ still buffering untuk set balik otak...
huhu..
again..the end...

Sunday, August 7, 2011

sepanjang ketiadaanmu..aku merenung

mama...
sepanjang kau tiada..
aku merasa kesepian..
kosong..zahir dan batinku hambar...
tiada pertelingkahan antara kita..
tiada nasihat darimu....
membuat aku terasa terlalu sunyi..

mama..
aku tak dapat nafikan yang aku tak suka cara kau..
aku tak dapat nafikan yang aku tak dapat nak ikut cakap kau...
tapi aku tak dapat nafikan jua..
yang aku sayang sangat kt kau..
aku tak dapat nafikan jua ...
yang aku sangat rindu kat kau..

mama..
aku tau aku derhaka..
aku tau aku sering buat kau sakit hati..
aku tau aku tak seberapa menyenangkan seperti abang2 yang lain..
tapi inilah aku..
jika suara kau tinggi..
suara aku lagi tinggi..
jika kau marah...
rungutku menjadi2..
jika kau menangis..
aku malas nak layan..
itulah aku, anak mama yang derhaka..
aku tak tau kenapa aku tulis cmni..
tapi aku cuma nak lepaskan rindu ni..

mama..
aku mintak maaf kerana aku nakal..
aku minta maaf kerana aku derhaka..
aku mintak maaf kerana aku tak dengar kata..

mama,
aku suka cara kau msg aku...
terasa perbezaannya berbanding kita bersua muka...
aku senang dengan msg2 kau saat kita berjauhan...
terasa sayang kau lebih dari yang biasa..
boleh ke kalau lepas ni kita berhubung dengan msg je??
boleh ke kalau lepas ni takyah kite guna bibit ini untuk berkomunikasi?
tagur aku dengan msg..
marah aku dengan msg..
aku suka ayat2 kau dalam msg..
boleh ke mama??
biar suara kau keluar untuk dakwah saja...
biar bibirmu bergerak untuk ceramah2 sahaja..

mama..
aku rindu nk peluk kau..
rindu nk menyebut "sayang kasih dan cinta mama"..
rindu nk dengar kau katakan "jaga mata jaga hati"...

mama...
dunia aku berbeza denganmu..
berbeza juga dengan dunia abang2...
aku berada di alam aku..
dialam yang mempersoalkan segalanya..
dialam yang ingin orang mengerti aku..
aku minta maaf kerana aku pentingkan diri..
aku minta maaf kerana aku langsung taknak memahami kau..

mama..
aku takut untuk berjanji dengan engkau..
tapi aku cuma kau tahu..
aku mempunyai impian yang besar..
dan tindakan aku akan aku lakukan sesuai (yang aku rasa sesuai) untuk mencapai impian itu..
aku suka berangan..
aku suka berkhayal...
tapi itulah modal aku untuk mencapai impian..

mama..
amil mintak maaf..
terutamanya di bulan ramadhan kareem ini...
semoga hayat mama di redhai olehNya...
sekian....

Saturday, August 6, 2011

antara fantasi dan rialiti...aku keliru...


bibir tersenyum...
mata terpejam..
hati menangis...
mengalir deras airmata hati ini..
benar ianya pahit. sepahit kopi di warung pak samad.

bibir ini tetap tersenyum...
mata mula basah...
umpama air mata air yang baru keluar dari tanah..
kebenaran itu memang begitu sifatnya...
menghakis kekotoran...di hati...
dan ia menyakitkan...tapi ia membersihkan..

aku tetap tersenyum..
menerima hakikat ini...
menerima yang bahawa aku telah melakukan kesalahan...
menerima yang hakikatnya aku perlu tinggalkan jalan ini...
menerima yang hakikatnya aku perlu kembali kepada NYA...

air mata berlinangan..
terkenang cerita kelmarin yang membuai aku ke dunia yang fana...
terbayang cerita fantasia yang sangat mengasyikkan..
terbayang ceria dongeng aku yang membawa aku terbang jauh dari menjejak realiti..

sungguh...
aku terpesong jauh sekali lagi..
hati ini merintih.....merayu,..
risau di hati ini kerana tak aku merasakan apa2...

sungguh ak buntu...benarkah jalan ini???
sungguh aku keliru..benarkah diri ini???

ya tuhan...jangan tinggalkan aku sendiri...



Thursday, July 28, 2011

manusia?

manusia...
pelupa, selalu leka dan alpa..
itulah hakikatnya tika ia diberi nama "insan"..
perkataan asalnya "nasiya" yang membawa erti lupa....
terbawa2 dalam darah dagingnya...

manusia..
hakikatnya suatu ciptaan yang utuh dan hebat..
entah mengapa kini...aku tak melihat kehebatan itu..
yang ada cuma..korupsi, malas, rosak akhlaq, dan perkara2 yang teruk...

manusia...
hatinya adalah raja..
itulah yang diberitakan oleh nabi mereka Muhammad S.A.W
jika baik rajanya, baiklah pekertinya...

manusia..
kemana halatuju engkau?
kemana matlamat hidup engkau?
hanya di dunia ini saja kah?
atau akhirat di hatimu?

manusia...
kau bukan makhluq yang diciptakan bersendirian..
bahkan semua makhluq diciptakan berpasang2...
berkelompok2..
bermasyarakat..
jangan kau ego untuk menerima hakikat itu...

manusia...
ingatlah tentang kejadianmu..
yang datangmu hanya dari setitis air yang hina...
yang tak berharga serta bernilai...
namun Allah jadikan engkau dari kehinaan itu kepada sebuah kemuliaan..
kepada makhluq yang lengkap...
makhluq yang mampu memilih...

manusia..
bangkitlah..
celikkanlah mata..
allah ciptakan semua ciptaan ini untuk kau...
bulan, bintang, matahari, plenet2, semuanya untuk kau..
binatang, tumbuhan, angin, cahaya, air, sungai, laut semuanya untuk kau....
malaikat, iblis, syaitan, jin, semuanya untuk kau...
malam dan siang, harmoni dan huruhara, tenang dan kelam kabut, semua itu untuk kau...
setelah semua di ciptakan..baru engkau di ciptakan untuk menerima ciptaan2 yang telah diciptakan..untuk kau..
sedarkah engkau???

manusia..bersyukurlah...
bahkan syukurmu kepadanya itu juga..
untuk engkau sendiri...


Sunday, July 10, 2011

kerana kau teman..sahabat.

saat itu..
aku tergelincir...
sakit. koyak2 baju aku.
terasa tak mampu aku untuk berdiri lagi..

saat itu...
mentari terbenam...
duniaku gelap. suram. kehilangan cahaya.
terasa tak mampu aku melangkah dalam kegelapan.

saat itu..
balang yang penuh dengan isi rasa ini pecah...
tak terkata kecewa aku. umpama taknak hidup. hilang motivasi.
terasa tiada makna dunia ini.

saat itu..
warasku hilang..
segalanya tak kena. jadi baik tak kena. jadi jahat pun tak kena.
terasa dunia ini aku sampahnya.

saat itu..
badai datang.
lintang pukang dunia ini. bercelaru. tak terkata cacamerbanya dunia.
terasa tiada harapan untuk aku keluar darinya.

namun...

kau hadir..

dengan senyuman..

dengan sapaan mesra...

sakitku kau ubati, bajuku kau jahit kembali, dan kau pinjamkan bahumu untukku kembali bangkit...

malah..gelapnya duniaku kau hadiri dengan obor yang menerangi perjalanan ini di waktu malam..

kau kutipkan kembali kepingan2 dari pecahan balang aku. kau susun kembali..kau baiki..kau isi kembali dengan perasaan yang manis dan indah.membuatku membuka mata kembali untuk meneruskan langkah..

dan kewarasan aku? kau bimbing sehingga aku bertemu kembali dengannya..

tatkala badai bertamu itu pula..kau di sisi..menemaniku mengharungi segala yang berlaku..

malah..berjuta lagi jasamu pada aku..

cuma secebis sahaja aku sebutkan..

yang cukup untuk aku mengucapkan perkataan ini..

"terima kasih teman..sahabat. kerana kau sudi menemaniku"...

bertemuku dan berpisahku denganmu..ku gantungkannya kepada yang Maha menyayangi..

kerana kau sahabat..kerana kau satu dalam seribu.

ku ucapkan terima kasihku...

semoga kekal hubungan ini ke dunia abadi...amen.



Saturday, July 9, 2011

sehingga waktu yang pasti..

cinta itu ...
fitrah kurniaan ilahi kepada manusia..
bukan suatu yang noda...
dan bukan suatu yang hina...
namun..suatu yang jernih bersih yang tumbuh dari hati manusia..

cinta itu..
adalah untuk dijaga...
dipupuk dan di belai oleh tuannya..
agar ceria, indah, gebu, manis di rasa...
bukan untuk dilepaskan ia meliar...
bukan untuk diwarnai dengan kesuraman syahwat..

cinta itu..
bukan urusan manusia untuk menyerahkannya kepada sesiapa yang mereka suka..
bukan untuk manusia nodai dengan keinginan2 yang hina...
cinta itu ada aturannya...
di tanam..di semai...di baja...dan di jaga...agar menghasilkan buah2 yang manis dan ranum...

kerana itu..cinta ini ku serahkan pada yang maha MENCINTA...
kerana Dia lebih 'arif tentang percaturannya...
kerana Dia lebih mengetahui apa yang cintaku butuhkan..

bukan aku akhirinya wahai teman...sahabat....
tapi, aku serahkannya pada tuhan...
agar ia disemai...dipupuk..dan di jaga dengan rapi...

nantikan saja wahai teman..sahabat..
sampai tiba masanya yang pasti..
hasil semaian yang ku pertaruhkan ini..
semoga saja tuhan menentukannya dengan hasil yang indah...

jika tidak...bermakna..
tuhan inginkan yang terbaik untuk kita....

nantikan saja wahai teman..sahabat..
sehingga suatu masa yang pasti...
saat pohon itu mengeluarkan hasilnya..
saat kita mampu mencicip nya..

nantikan saja wahai teman..sahabat..
sehingga suatu masa yang pasti..
yang telah dipercaturkan Ilahi...
sejak azali..

nantikan saja wahai teman..sahabat..
sehingga sampainya waktu yang pasti itu...



Friday, July 8, 2011

sepi ini..

jiwa ini sepi.....
sepi dari ayat2 cinta...

jiwa ini sepi...
sepi dari kalimah2 juang...

jiwa ini sepi..
sepi dari kalimah ilahi...

sampai kapan aku mau biarkan ini berterusan??
jiwa ini kelaparan~~
jiwa ini kebuluran~~
jiwa ini butuhkan makanannya!!!!

sepi yang kau rasa itu...
bukan untuk kau isi dengan kesenangan..

sepi yang kau rasa itu..
bukan untuk kau isi dengan perempuan...

sepi yang kau rasa itu..
bukan untuk kau isi dengan nafsu keinginan...

tapi wahai diri..

sepi yang kau rasa di jiwa itu...
tanda rindunya jasadmu pada penciptanya...
tanda kehilangannya rohmu pada kekasihnya...
tanda kau perlu kembali kepangkuanNya...

akankah kau biar ia begitu saja???
akankah kau dera ia?
dengan menorehnya dari torehan2 wanita?
atau dengan tikaman ayat2 cinta nafsu?
atau dengan khayalan dadah dunia??

kembalilah~..
tuhan sentiasa merinduimu~